• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Benih PadiU Putra Diperluas Di Seluruh Negara

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Benih PadiU Putra yang dihasilkan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) akan disebar luas kepada penanam padi di seluruh negara dalam usaha membantu mereka meningkatkan hasil tanaman masing-masing.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata benih yang dihasilkan dari Program Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu didapati mampu mempertingkatkan hasil padi sebanyak 30 peratus daripada biasa dengan kemampuan pengeluaran 10 metrik tan padi bagi setiap hektar berbanding hanya enam tan metrik sebelumnya.

Katanya, berbeza dengan benih padi yang digunakan penanam terdahulu , penanaman padiU Putra mengurangkan penggunaan racun, tahan serangan penyakit karah padi dan boleh hidup segar di kawasan yang diserang penyakit karah padi.

“Dengan tanpa menggunakan racun rumpai untuk penanaman PadiU Putra ianya akan mampu mengembalikan semula keadaan alam semulajadi sawah padi seperti dahulu dengan ikan keli, puyu, seluang, sekila dan haruan boleh hidup tanpa racun di dalam sawah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan pemerhatian tanaman PadiU Putra di Kampung Lubuk Kawah dan Kampung Padang Tapong di Hulu Besut di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah KPT , Datin Paduka Ir Dr Hamisah Tapsir dan Pegawai Daerah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar.

Idris yang juga Ahli Parlimen Besut berkata bagi memperluaskan penanaman padi berkenaan, seramai 300 penanam padi di Besut akan menanam PadiU Putra pada musim depan yang membabitkan keluasan 222 hektar sawah padi di kawasan Projek Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (Ketara).

“Bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan jaya seramai 30 pemimpin kumpulan penanam padi telah dipilih bagi mengikuti kursus ‘Smart Farming’ di bawah kendalian UPM akhir tahun ini,” katanya lagi.

Tambahnya, usaha tersebut akan diperluaskan lagi untuk para penanam padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Kelantan dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Katanya, KPT yakin usaha untuk meningkatkan taraf penanam padi dengan PadiU Putra itu akan berjaya memandangkan peruntukkan berjumlah RM400 juta telah pun diluluskan oleh kerajaan melalui pembentangan Bajet 2018 untuk Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Katanya, KPT akan memberikan keutamaan kepada kajian yang dilakukan oleh universiti asalkan ianya dilakukan bagi mempertingkatkan taraf hidup golongan ribuan petani di seluruh negara dalam pelbagai bidang seperti yang dilakukan oleh UPM itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris Jusoh
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

100 Biasiswa Menteri Untuk Pelajar Terbaik Politeknik

25/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 100 Biasiswa Menteri Pendidikan Tinggi ditawarkan kepada pelajar cemerlang politeknik yang menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan...

Siswa Jaga Etika Dan Patuh Undang-Undang Berkempen

14/04/2018
0

PASIR MAS - Mahasiswa diingatkan supaya menjaga etika dan tidak melanggar undang-undang negara sekiranya mereka turut serta berkempen pada pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd