• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bengkel Kelas Lakonan Anjuran Nabil Cuma RM300

oleh AK-47
04/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMALAM, Mynewshub ada menyiarkan tentang hasrat pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad yang ingin buka bengkel lakonan kepada pelakon tanah air terutama pendatang baharu industri.

Baca: Nabil Hasrat Buka Bengkel Lakonan

Bagaimanapun kini menurutnya, bukan sahaja bengkel lakonan yang akan dibukanya, tetapi bengkel pengacaraan juga akan dibuka bermula Disember tahun ini.

Katanya, ia sebagai satu inisiatif bagi membantu industri hiburan daripada dibanjiri anak seni yang tiada asas lakonan yang betul.

Jadi, secara tidak langsung, bengkel-bengkel yang akan dibukanya ini akan meningkatkan kualiti lakonan dan pengacaraan anak seni tanah air.

Lebih menarik lagi, juara bagi program Raja Lawak musim kedua ini membuka kelas-kelas tersebut dengan yuran serendah RM300 sahaja.

“Saya utamakan bakat. Kalau tak ada bakat tapi ada rupa, apa salahnya masuk bengkel untuk belajar berlakon atau mengacara.

“Saya ada satu perancangan untuk mengadakan bengkel lakonan dan pengacaraan pada hujung tahun ini dengan tagline ‘This Is Where You Learn, There Is The Place You Act’.

“Pendekatan ini bukan saja-saja, saya mahu meningkatkan kualiti pelakon dan pengacara di Malaysia. Daripada gaduh dan kutuk sana sini lebih baik kita berusaha,” katanya dipetik Astro Gempak.

Tambahnya lagi, peserta yang terlibat dalam bengkel tersebut boleh memilih tenaga pengajar mereka sendiri. Mereka juga boleh datang ke bengkel itu dua atau tiga minggu sebelum penggambaraan bermula.

Bagi bengkel lakonan, antara tenaga pengajar yang akan berkongsi ilmu dan pengalaman mereka ialah Sharifah Amani, Faizal Hussien, Khir Rahman dan Que Haidar.

Manakala untuk bengkel pengacaraan pula, para peserta akan dilatih oleh Sharifah Shahira atau Raja Azura.

Bengkel lakonan dan pengacaraan ini bakal diadakan di studio milik pelawak ini, Gymba Studio yang terletak di Damansara Utama, Kuala Lumpur.

Diharapkan bengkel lakonan dan pengacaraan seperti ini dapat bantu meningkatkan mutu lakonan dan pengacaraan agar tiada lagi pelakon ‘kayu’ mahupun pengacara ‘kaku’ dalam industri. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: bengkel lakonanbengkel pengacaraanNabil Ahmad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nabil Minta Maaf Campak Tanjak

15/07/2019
0

“TIDAK menjadi niat saya untuk memperlekehkan bangsa dan adat Melayu kita, terutama sekali tanjak yang saya pakai,” luah pelakon, pelawak...

Nabil Bersyukur Diiktiraf Pengacara Terbaik Asia

20/10/2018
0

TAHNIAH... Nabil Ahmad menzahirkan rasa syukur apabila terima anugerah Pengacara Hiburan Terbaik di Asian Academy Creative Awards berlangsung di Cannes,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd