Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Tolak Tun M...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri Tun...

Terengganu Belum Sedia Laksana...

KUALA TERENGGANU - Terengganu belum bersedia melaksanakan hukum hudud sebelum kajian mendalam terhadapnya...

Skor Rendah Indeks Integriti,...

Kementerian Pertahanan (Mindef) sedia memberi kerjasama penuh kepada mana-mana pihak susulan penarafan rendah...

Virus Zika: KKM Sentiasa...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan sentiasa berhubung dengan Kementerian Kesihatan Singapura bagi mendapatkan...

‘Bau Badan’ Pemain Bunuh Pengadil Bola Sepak Ghana

GHANA (Afrika Barat) – Seorang pengadil utama perlawanan bola Liga Perdana Ghana dilaporkan meninggal dunia selepas tamat perlawanan yang berlangsung di Stadium Sukan El-Wak, Ghana.

Dalam insiden yang berlaku pada Isnin, 10 Julai lalu, pengadil tersebut dikatakan telah terjatuh secara tiba-tiba selepas tamat perlawanan dan terus dikejarkan ke Hospital Korle-Bu Teaching School.

Laporan bedah siasat menunjukkan pengadil terbabit meninggal dunia selepas 15 jam berada dalam keadaan koma.

Selain itu, pihak hospital mengesahkan satu bau yang sangat busuk telah menyebabkan kerosakan pada paru-paru lelaki tersebut sebelum dia pitam.

“Apabila para pemain saling bertukar baju jersi selepas perlawanan, pengadil itu menjerit dan dia telah menghembuskan nafasnya selepas berselisihan dengan salah seorang pemain. Lepas berjalan beberapa meter, dia terus rebah,” kata salah seorang penolong pengadil tersebut kepada pihak media.

Beberapa nama pemain yang tidak didedahkan nama kelabnya telah ditahan untuk disoal siasat oleh pihak berkuasa.


Bagaimanapun, pihak polis telah diingatkan supaya memakai topeng muka ketika menyoal siasat kesemua pemain tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AH

*Video sekadar hiasan…

Kategori