Friday, June 14, 2024

Creating liberating content

Bot, Kapal Layar Diletakkan...

JITRA - Polis Kedah akan bekerjasama dengan Jabatan Laut bagi membuat pemeriksaan rapi...

Sasar 100% Buku Teks...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan menyasarkan semua buku teks dicetak menggunakan kertas kitar...

Dugaan Buat Opick, Isteri...

WULAN Mayangsari, isteri Aunur Rofiq Lil Firdaus atau lebih dikenali sebagai Opick telah...

Anda Kini Boleh Kenali...

MENJADI salah satu visi Google untuk memudahkan akses maklumat dan informasi oleh para...

Barang Tak Sampai, Netizen ‘Serang’ FB Lazada Malaysia

LAZADA atau nama lainnya Ecart Services Sdn. Bhd. adalah sebuah laman web jualan atas talian yang besar dan terkemuka di Asia ni.

Kebelakangan ini, ramai betul yang mengadu pasal Lazada. Dah bayar, barang tak sampai. Ada juga yang kata dah bayar, tapi tracking number pula tak dapat dan sebagainya.

Berang dengan hal tersebut, netizen dikatakan telah menyerang laman Facebook rasmi syarikat jualan online tersebut. Biar betul?

Memetik laporan beberapa portal, ratusan pengguna yang tidak puas hati dengan pelbagai permasalahan berkaitan syarikat tersebut telah menyerang laman Facebook rasmi Lazada Malaysia, semalam.

Di mana rata-rata antara mereka mengakui kurang berpuas hati dengan tindakan syarikat itu yang dikatakan enggan membalas pertanyaan daripada pengguna melalui platform yang disediakan.

Selain itu, netizen juga mendakwa ralat dalam sistem atas talian laman sesawang Lazada itu turut menyebabkan berlakunya pelbagai masalah lain.

Susulan itu, pihak Lazada telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi di laman berkenaan memaklumkan bahawa gangguan yang berlaku itu disebabkan oleh penaikan taraf sistem sedang dijalankan sebagai persediaan untuk pelancaran kempen “online revolution” pada November depan.


Menerusi kenyataan tersebut, Lazada telah memohon maaf atas apa yang berlaku dan berjanji akan bertanggungjawab terhadap setiap pengguna yang terjejas.

Selain itu, syarikat tersebut memberitahu pihak mereka akan berusaha menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.

Dalam pada itu, Lazada turut memaklumkan pihaknya dalam usaha mengambil langkah yang patut dalam memastikan urusan pemulangan wang kepada para pengguna dapat dipercepatkan.

Hmmm…ramai juga yang ‘lari’ daripada Lazada disebabkan isu ini ya? Tapi, lumrah seorang manusia ni jenisnya susah nak move on bila dah selesa.

Tengok macam Astro, bila system down bukan main orang kecam tapi masih guna juga. betul tak?

So, sama la keadaan dia macam kes Lazada ni. Tunggu je lah nanti bila sistem dah okay, pasti orang ramai akan lupa insiden seperti ini pernah terjadi!

Apa-apapun, semoga masalah ini diselesaikan dengan cepat dan semua orang dapat semula duit serta barang mereka. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori