• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Dunia Naikkan Unjuran Malaysia Kepada 5.2%

oleh AK-47
04/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Dunia menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk tahun ini kepada 5.2 peratus daripada 4.9 peratus pada Jun, berikutan pertumbuhan sebenar yang jauh lebih tinggi daripada jangkaan 5.7 peratus pada separuh pertama 2017.

Pada asalnya, Bank Dunia mengunjurkan ekonomi Malaysia hanya berkembang sebanyak 4.3 peratus.

Pengurus Bank Dunia Malaysia, Faris Hadad-Zervos berkata bank itu menjangka Malaysia akan meneruskan laluan trajektori pertumbuhannya pada tahap yang tinggi.

“Anggaran menaik itu mencerminkan Malaysia sebagai ekonomi terbuka, oleh itu persekitaran luar yang menggalakkan telah membantu meningkatkan pertumbuhan berterusan Malaysia.

“Juga, dasar negara telah membantu merangsang pelaburan dan permintaan domestik. Ini semua sangat positif ,” kata Faris pada sidang akhbar untuk mengumumkan perkembangan ekonomi Bank Dunia bagi Oktober 2017 edisi Asia Timur dan Pasifik di sini hari ini.

KDNK Malaysia pada 2018 dan 2019 juga telah disemak semula kepada menaik oleh bank, dengan aktiviti ekonomi dijangka berkembang sebanyak 5.0 peratus (disemak menaik sebanyak 0.5 peratus) dan 4.8 peratus (naik 0.3 peratus) masing-masing pada 2018 dan 2019.

Faris berkata terdapat peluang untuk pertumbuhan lebih tinggi bagi Malaysia, yang menunjukkan bahawa inilah masa untuk memacu (ekonomi) memandangkan pembaharuan semasa sedang dijlaksananakan.

“Kita perlu memastikan pertumbuhan ini bukan sekadar dalam carta tetapi permulaan trajektori jangka panjang untuk menggerakkan Malaysia ke status berpendapatan tinggi dan seterusnya,” kata Faris, sambil menambah bahawa bank itu juga menyambut baik usaha Malaysia dalam meningkatkan ekonomi digitalnya.

Sementara itu, Pakar Ekonomi Negara Bank Dunia Richard Record mengulas bahawa semakan unjuran menaik untuk 2017 berdasarkan daripada pertumbuhan ekonomi yang mantap dan selaras dengan petunjuk utama yang menggalakkan dalam keyakinan dan aktiviti sektor swasta dalam jangka terdekat.

Ekonomi Malaysia dijangka dapat mengekalkan momentum pertumbuhan semasa hingga 2018 dan 2019, walaupun pada kadar yang lebih sederhana, dengan jangkaan pertumbuhan perbelanjaan modal yang lebih rendah.

“Pertumbuhan Malaysia yang lebih tinggi dianggarkan pada tahun ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran dan domestik. Pertumbuhan lebih cepat daripada jangkaan di ekonomi-ekonomi maju, termasuk China, telah memberi kesan positif kepada ekonomi terbuka Malaysia kerana terdedah kepada aliran perdagangan antarabangsa.

“Tetapi, dalam jangka sederhana, kami menjangka kelembapan secara beransur-ansur di China memberi impak kepada ekonomi Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pakar Ekonomi Bank Dunia bagi Rantau Asia Timur dan Pasifik Sudhir Shetty dari Washington DC, melalui persidangan video, berkata prospek pertumbuhan global yang lebih baik dan permintaan domestik yang terus kukuh disokong oleh prospek positif bagi ekonomi membangun Asia Timur dan Pasifik.

Beliau berkata pertumbuhan yang lebih kukuh dalam ekonomi maju, pemulihan sederhana dalam harga komoditi dan pengukuhan perdagangan global menyokong pembangunan Asia Timur dan Pasifik akan berkembang 6.4 peratus pada 2017.

Bagaimanapun pertumbuhan di rantau ini dijangka perlahan sedikit kepada 6.2 peratus pada 2018 terutamanya mencerminkan kelembapan secara beransur-ansur China.

Beberapa risiko luaran dan domestik juga boleh memberi kesan kepada prospek positif rantau ini, dengan ketidakpastian dalam dasar ekonomi di beberapa ekonomi maju dan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat. – BERNAMA

Tags: bank dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia sebanyak dua kali dari 4.0 peratus kepada 4.1 peratus dan terkini...

SMKKJ Jadi Kolej Tingkatan 6 Dipersetujui Tiga Tahun Lalu

Kanak-kanak Malaysia Tidak Cukup Belajar Di Sekolah – Laporan Bank Dunia

29/04/2024
0

KUALA LUMPUR - Laporan baharu Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd