• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BAM Terima Tajaan RM1.9 Juta Daripada Daihatsu

oleh Ahmad Albab
05/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini menerima tajaan berjumlah US$450,000 (RM1.9 juta) daripada syarikat pengeluar kereta Jepun, Daihatsu Motor Corporation (DMC), untuk tempoh dua tahun.

Daripada jumlah tersebut, US$350,000 (RM1.47 juta) adalah untuk hadiah wang tunai bagi kejohanan badminton Perodua Malaysia Masters 2018 yang dijadualkan berlangsung pada Januari depan di Arena Axiata, Bukit Jalil.

DMC menyasarkan kepada pembangunan sukan badminton di Jepun, Indonesia dan Malaysia di mana syarikat pengeluar kenderaan itu juga akan turut menaja kejohanan Indonesia Masters tahun depan.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata penajaan tersebut sekali gus meningkatkan jumlah hadiah kejohanan Malaysia Masters bertaraf Siri Super itu daripada US$120,000 (RM507,420) kepada US$350,000 tahun ini.

“Malaysia Masters telah dinaik taraf daripada kategori Grand Prix Emas kepada Siri Super kali ini, saya jangkakan perlawanan yang lebih sengit daripada sekurang-kurangnya 10 pemain terbaik dunia akan beraksi kali ini,” katanya pada majlis menandatangi perjanjian tajaan antara BAM, Perodua dan Daihatsu.

Sementara itu, pegawai eksekutif DMC, Osamu Naruse, dalam ucapan ringkas pada majlis itu, berkata, syarikat itu bertuah diberi peluang menyokong pembangunan sukan badminton di Malaysia.

Beliau berkata DMC telah memilih untuk menyokong sukan itu di Malaysia dan Indonesia sebagai sumbangan kepada negara dan masyarakat tempatan.

‘Daihatsu akan meningkatkan interaksinya dengan pelanggan dan komuniti tempatan menerusi sukan dan dengan itu membawa keyakinan baharu dalam kehidupan mereka, “ katanya.- BERNAMA

Tags: BAM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Perak Timbang Sediakan Feri Di Sungai Perak

Next Post

Waspada Penjenayah Menyamar Pekerja TNB

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

Next Post

Waspada Penjenayah Menyamar Pekerja TNB

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd