• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet Alternatif Pembangkang Tidak Realistik – Salleh

oleh Ahmad Albab
27/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan ‘Bajet Alternatif’ yang dikeluarkan Pakatan Harapan baru-baru sebagai tidak realistik dan mengabaikan ekonomi asas dan prinsip perakaunan.

Katanya bajet pembangkang adalah sekadar angan-angan kerana Pakatan Harapan mengetahui mereka tidak perlu menunaikannya kecuali jika mereka dapat berkuasa.

“Pakatan hanya mempermainkan harapan dan impian orang, dan buktinya ialah bajet yang tidak praktikal ini,”katanya menerusi blog beliau sskeruak.blogspot.my hari ini.

Salleh menjelaskan bahawa peraturan asas perakaunan ialah pendapatan seseorang mesti sepadan atau melebihi perbelanjaan.

“Anda tidak boleh mengurangkan pendapatan anda sambil meningkatkan perbelanjaan dan mendapat keuntungan pada masa yang sama.

“Anda tidak boleh berbelanja lebih daripada apa yang anda perolehi. Negara-negara di Eropah termasuk United Kingdom sendiri menghadapi defisit yang besar kerana bajet mereka seperti apa yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan.

“Adakah mereka tidak belajar apa-apa dari Eropah?,” kata Salleh yang juga Bendahari UMNO.

Beliau berkata sebagai parti-parti yang menawarkan diri sebagai kerajaan alternatif, adalah amat mengecewakan untuk melihat politik tidak bertanggungjawab pihak pembangkang.

Justeru itu, beliau meminta Pakatan Harapan supaya menghentikan permainan sedemikian dan kembali kepada realiti.

Bajet alternatif itu diumumkan Pakatan Harapan pada Rabu lepas, yang mendahului Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini. – BERNAMA

Tags: Bajet AlternatifDatuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd