• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelbagai Inisiatif Bantu Rakyat Jana Pendapat

oleh AK-47
27/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyediakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat menjana pendapatan, termasuk menyediakan pinjaman mudah sebanyak RM120 juta, kepada 1,000 usahawan Food Truck 1Malaysia dan Mobile Food Kiosk 1Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengumumkan perkara tersebut ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata peruntukan itu akan disediakan melalui Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah empat peratus.

Katanya, sejumlah RM100 juta juga akan disediakan untuk memperluas Program eRezeki, eUsahawan dan eLadang di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), manakala RM60 juta lagi untuk program 1AZAm.

“RM25 juta akan disediakan untuk Program Motosikal Tiga Roda di bawah FAMA. program mobilepreneur GiatMara dan program MyAGROSIS,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata geran sebanyak RM5,000 juga akan disedia kepada setiap pemandu teksi berdaftar yang berhasrat untuk bertukar ke penggunaan aplikasi e-hailing, untuk membeli kereta baharu.

Najib juga mengumunkan bahawa kerajaan akan membangunkan Agrobazaar Malaysia dengan peruntukan RM20 juta bagi menyediakan ruang pasaran dan pusat jualan agro makanan dengan harga yang lebih rendah, dimulakan di Putrajaya.

Katanya, Kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani juga akan melaksanakan program melalui FAMA dan LKIM dengan peruntukan RM50 juta agar pengguna memperoleh stok barangan makanan dengan harga berpatutan, seperti ikan, sayur, ayam dan telur.

“Demi kemaslahatan rakyat seharian, Bajet ini masih memperuntukkan RM3.9 bilion subsidi barangan dan pengangkutan, termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol,” katanya.

Beliau turut mengumumkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 akan bermula pada 2018 dengan 50 kedai dan akan diperluas kepada 3,000 KR1M 2.0 dalam tempoh tiga tahun.

“KR1M 2.0 akan menyediakan lima barangan keperluan asas dengan harga rendah iaitu beras, gula, minyak masak, tepung dan LPG. Di samping itu, 50 jenis barangan pengguna berjenama dijual pada harga lebih rendah daripada pasaran,” katanya.

Bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), katanya di bawah Bajet 2018, 7 juta penerima akan terus menikmati pemberian tersebut dengan kadar maksimum sehingga RM1,200. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penyiapan MRT3 Lebih Awal Boleh Dijayakan

Next Post

Peneroka Felda Terima ‘Durian Runtuh’

Related Posts

Bajet: Perlis Ambil Kira Detik Hati, Keperluan Rakyat

12/12/2017
0

KANGAR - Bajet Perlis 2018 dirangka dengan mengambil kira detik hati serta keperluan rakyat tanpa menganaktirikan mana-mana pihak, kata Menteri...

Bajet 2018: Inklusif Dan Menyeluruh

11/12/2017
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan nama yang paling mencerminkan Bajet 2018 yang dibentangnya pada...

Next Post

Peneroka Felda Terima 'Durian Runtuh'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd