• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2018 Pacu Ekonomi Sektor Pelancongan

oleh AK-47
28/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dilihat mampu memacu ekonomi Melaka terutamanya melalui sektor pelancongan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata Melaka, antara negeri pelancongan utama negara ini, bakal menuai limpahan ekonomi hasil daripada usaha kerajaan menyemarakkan industri pelancongan negara dengan peruntukan RM3.5 bilion dalam Bajet 2018.

“Saya suka bila kerajaan mengiktiraf kegiatan pelancongan melalui pengumuman bajet yang diperuntukkan untuk mempromosi Malaysia sebagai negara pelancongan. Malaysia adalah negara ke-12 dunia yang menerima pelancong teramai dan sudah tentu Melaka berada dalam gambaran itu.

“Bila kerajaan membuat keputusan menjadikan 2020 sebagai Tahun Melawat Malaysia, Melaka akan mendapat limpahan ekonomi daripada segala usaha ini,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pembentangan Bajet 2018 secara langsung di kediamannya di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan sebanyak RM3.5 bilion bagi menyemarakkan lagi industri pelancongan negara serta menjangka kira-kira 28 juta pelancong melawat Malaysia tahun depan.

Idris berkata sebagai antara peneraju penting industri pelancongan kesihatan di negara ini, Melaka akan meningkatkan peranannya untuk mengukuhkan industri itu bagi menjadikan ia sumber pendapatan negara termasuk menyediakan ‘end-to-end service’ kepada pelancong kesihatan.

Beliau berkata Melaka mempunyai hospital yang mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan diiktiraf rakyat Malaysia dan negara-negara asing termasuk pelancong kesihatan dari Jerman dan Itali.

“Pelancongan kesihatan merupakan penyumbang pendapatan tertinggi bagi pelancongan negeri. Ini sesuatu yang membanggakan dan kita akan cari jalan sebaik mungkin untuk menjadikan Melaka sebagai satu daripada hab pelancongan kesihatan yang popular,” katanya.

Idris juga berkata secara keseluruhannya, Bajet 2018 adalah bajet yang inklusif dan mengambil kira kepentingan masyarakat daripada segenap lapisan demi kesejahteraan serta pembangunan ekonomi negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohon UMNO Pusat Batal Kelayakan Idris Bertanding

27/06/2018
0

MELAKA - Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu memohon kepimpinan tertinggi UMNO pusat membatalkan kelayakan Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Idris...

UMNO Melaka Fail Petisyen Cabar Keputusan PRU14

25/06/2018
0

MELAKA - UMNO Melaka telah memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin lepas bagi mencabar keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd