• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2018 Komprehensif, Liputi Segmen Masyarakat

oleh Ahmad Albab
27/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Bajet 2018 sebagai komprehensif dengan meliputi semua segmen masyarakat, menyebabkan pembangkang berasa kecewa.

Malah, katanya, pembentangan Bajet 2018 adalah cukup cemerlang bagi Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang tempoh beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Saya fikir mereka (pembangkang) frust (kecewa) dengan bajet yang baik ini,” katanya merujuk kepada tindakan pembangkang yang membuat kekecohan dengan mengangkat plakad dan melaungkan perkataan ‘kleptokrasi’ pada akhir pembentangan bajet itu oleh perdana menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad Zahid berkata belanjawan itu bukan hanya memberi tumpuan kepada kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan kumpulan pertengahan 40 peratus (M40), malah meliputi golongan minoriti.

“Kita lihat juga aspek kebajikan dan sikap peduli mendalam diberikan perdana menteri bukan hanya kepada pasukan polis dan tentera malah kepada pekerja-pekerja di sektor awam seperti mereka yang mengandung lima bulan ke atas dibenarkan pulang awal sejam.

“Tentunya aspek begini tidak memerlukan kos kepada belanjawan tetapi akan memberikan impak yang besar kepada penerima kemudahan berkenaan,” katanya.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, membentangkan Bajet 2018 bertemakan ‘Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50’ dengan cadangan peruntukan RM280.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut berterima kasih kepada perdana menteri kerana memberi peruntukan keempat terbesar kepada kementerian itu.

“Saya fikir, bagi Rela khususnya, peruntukan RM250 juta untuk kelengkapan keperluan termasuk pakaian seragam merupakan peruntukan yang terbesar selama ini. Bajet tahun lepas cuma memperuntukkan RM80 juta.

“Ini kerana Rela mempunyai keahlian seramai 3.05 juta dan tentunya dengan bajet begitu, ia dapat memberi keseragaman kepada mereka yang aktif, yang saya saya jangka 25 peratus daripada mereka adalah sangat aktif dan layak berpakaian seragam,” katanya.

Beliau berkata peruntukan itu melibatkan pembinaan 10,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Polis Diraja Malaysia akan membantu anggota polis memiliki rumah selain sebanyak RM720 juta bagi pembinaan ibu pejabat, balai polis dan pembelian senjata api serta RM50 juta untuk meningkatkan keupayaan aset persenjataan.

Menurutnya peruntukan yang diterima itu juga bakal memperkasa aspek keselamatan dan ketenteraman awam negara dalam usaha menangani jenayah dan antikeganasan.

Sementara itu, Ahmad Zahid melahirkan rasa terujanya dengan pengiktirafan yang diberikan Najib kepadanya ketika membentangkan Bajet 2018.

“Itu melebihi daripada bajet yang ada apabila diberi penghargaan oleh ketua kerajaan kepada timbalannya dan sebagai sahabat lama yang bersama beliau, saya berasa amat dihargai,” katanya.

Perdana Menteri ketika pembentangan belanjawan itu berkata beliau bertuah kerana mempunyai Ahmad Zahid sebagai timbalan perdana menteri yang juga sahabatnya yang setia. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bajet: Perlis Ambil Kira Detik Hati, Keperluan Rakyat

12/12/2017
0

KANGAR - Bajet Perlis 2018 dirangka dengan mengambil kira detik hati serta keperluan rakyat tanpa menganaktirikan mana-mana pihak, kata Menteri...

Bajet 2018: Inklusif Dan Menyeluruh

11/12/2017
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan nama yang paling mencerminkan Bajet 2018 yang dibentangnya pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd