Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Ramai Penjawat Awam Berasal...

KOTA BHARU - Ramai daripada penjawat awam termasuk pegawai-pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Awam...

“Tolong Jangan Kutuk Dia,...

CUBIT paha kiri, paha kanan turut terasa. Begitu juga bagi Amira Othman yang...

Guan Eng Didakwa 2...

BUTTERWORTH - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah...

Hutang Luar Malaysia Kekal...

KUALA LUMPUR – Hutang luar Malaysia kekal terurus berdasarkan profil mata wang dan...

Bajet 2018: CIMB Harap Tumpu PKS, Ekonomi Digital

KUALA LUMPUR – Kumpulan perbankan bersepadu, CIMB, berharap kerajaan akan memberi penekanan kepada ekonomi digital dan pengetahuan, serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam Bajet 2018 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tengku Datuk Sri Zafrul Aziz Tengku Abdul Aziz berkata langkah berkenaan merupakan kesinambungan kepada bajet sebelumnya serta usaha berterusan kerajaan dalam menambah baik sektor PKS.

“Baru-baru ini kerajaan melancarkan dasar mengenai inovasi dan kreativiti, khusus untuk PKS,” katanya kepada pemberita di luar Forum Khazanah Megatrends 2017 di sini hari ini.

Beliau berkata sektor kewangan, sebagai industri yang kukuh, perlu memainkan peranan yang lebih besar dalam membangunkan PKS, terutama dari segi inovasi dan pengembangan ke rantau ini.

Beliau berkata selain daripada ekonomi, kerajaan dijangka membentangkan bajet untuk menjaga kebajikan kumpulan isi rumah berpendapatan di bawah 40 peratus (B40) dan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40).

“Melihat kos sara hidup dan perumahan yang lebih tinggi, saya fikir ini yang harus ditumpukan kerajaan,” katanya.


Sementara itu, Tengku Zafrul Aziz berkata CIMB yakin dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, disokong oleh pengukuhan harga minyak, serta peningkatan keseluruhan ekonomi.

“Industri secara keseluruhannya terkejut dengan prestasi KDNK yang baik pada separuh pertama tahun ini. CIMB telah meningkatkan unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia kepada 5.3 peratus untuk tahun ini daripada unjuran awal sebanyak 4.9 peratus,” katanya.

Forum dua hari itu telah menarik hampir seribu peserta, yang terdiri daripada pemimpin korporat tempatan dan asing, pengubal dasar, ahli akademik, organisasi bukan kerajaan dan pengamal masyarakat sivil. – BERNAMA

Kategori