• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2018 Buktikan Kelantan Tidak Dianaktirikan

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Kelantan terus mendapat manfaat melalui Bajet 2018 yang membuktikan kerajaan Persekutuan tidak meminggirkan negeri ini, kata Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata melalui Bajet 2018, Kelantan bakal menikmati pelbagai manfaat yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan termasuk kemudahan infrastruktur.

Dalam bajet itu, Kelantan mendapat peruntukan khusus bagi pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, projek tebatan banjir, Lebuh raya Central Spine Road dari Gua Musang, Kelantan ke Kampung Relong, Pahang serta projek jalan kampung di seluruh negeri ini.

“Ini menunjukkan prihatinnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kepada rakyat Kelantan,” katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan kepada pemberita selepas melancarkan penubuhan Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia (PUGBM) Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berharap tumpuan terhadap Kelantan melalui bajet tersebut dapat menghentikan suara pihak tertentu yang menabur dakyah kononnya kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional menganatirikan negeri ini.

Sementara itu, Presiden PUGBM Arshad Mukhtar berkata pihaknya akan menggunakan peruntukan Bajet 2018 untuk membantu usahawan mengembangkan perniagaan dalam industri getah.

Beliau berkata pihaknya sedang membina dua kilang getah masing-masing di Kelantan dan Perak yang akan memberi banyak manfaat kepada pekebun kecil getah.

Setakat ini, pertubuhan itu mempunyai 1,000 anggota dan menyasarkan lebih 300,000 keanggotaan dari kalangan pekebun getah di seluruh negara.

Pada pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat semalam, perdana menteri mengumumkan kerajaan memperuntuk RM7 bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) sebagai antara langkah bagi sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyumbang 41 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

ATM Bakal Terima Lebih 20 Aset Menerusi Bajet 2018

Next Post

Syukur Harga Minyak Akhirnya AS$60 Setong

Related Posts

Bajet: Perlis Ambil Kira Detik Hati, Keperluan Rakyat

12/12/2017
0

KANGAR - Bajet Perlis 2018 dirangka dengan mengambil kira detik hati serta keperluan rakyat tanpa menganaktirikan mana-mana pihak, kata Menteri...

Bajet 2018: Inklusif Dan Menyeluruh

11/12/2017
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan nama yang paling mencerminkan Bajet 2018 yang dibentangnya pada...

Next Post

Syukur Harga Minyak Akhirnya AS$60 Setong

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd