Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

‘Sepatutnya Saya, Bukan Kamu’...

SINGAPURA - Bakal presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku ada timbul perasaan...

Percaya Tak, Perempuan Cantik...

TOKYO: "Dapatkah anda kenalpasti ini adalah patung seks kalau kami tak beritahu?" Itulah tajuk berita...

Cinta Ditolak, Gadis Kena...

BERANG selepas cinta ditolak, seorang lelaki serta tiga orang rakannya tergamak merogol sebelum...

Bajet 2018 Bukti Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun...

Bajet 2018 Bukan Hanya Ucapan Semata-Mata

BAGAN DATUK – Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bukan hanya ucapan semata-mata, sebaliknya ia merangkumi semua segmen sosio ekonomi dan kelompok masyarakat di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bajet itu jelas membuktikan kepedulian dan keprihatinan kerajaan dalam membangunkan kawasan luar bandar serta pedalaman termasuk di Bagan Datuk.

“Kawasan tertinggal dan pedalaman bukan hanya di Sabah dan Sarawak, tetapi turut berada di Semenanjung, maka Bagan Datuk tidak terkecuali daripada kawasan yang terkebelakang.

“Apabila Bagan Datuk menjadi daerah ke-12 di Perak, perdana menteri turut memberi tumpuan kepada daerah baharu terutama sekali di pedalaman atau kawasan terpinggir untuk dimajukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah projek membina Jambatan Bagan Datuk merentasi Sungai Perak ke Kampung Sejagop di Perak Tengah di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berkata pembentangan bajet oleh perdana menteri turut mendapat liputan meluas daripada media selain sambutan luar biasa daripada segenap lapisan masyarakat.

“Bajet itu juga sekali gus membuktikan tohmahan individu yang (mahu) melihatkan negara kita bankrap dan tidak mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik adalah tidak benar.

“Bagaimana sebuah negara yang bankrap mampu memberi peruntukan membina jambatan di Bagan Datuk bernilai RM446.9 juta dan sudah tentu tohmahan ini tidak benar,” katanya.


Mengenai pembinaan jambatan tersebut, Ahmad Zahid berkata ia akan memberi manfaat termasuk dari segi pembangunan ekonomi dan harga tanah kepada penduduk di Bagan Datuk.

Beliau turut berterima kasih kepada Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kerana mempersembahkan program untuk memajukan Bagan Datuk kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

“Apabila jambatan ini siap sepenuhnya, saya akan menghadap tuanku menjunjung kasih dan memohon baginda untuk mencemar duli merasmikan jambatan ini,” katanya.

Jambatan sepanjang 1.5 kilometer bernilai RM446.9 juta dengan dua lorong dua hala selebar 14 meter itu dijangka siap pada Julai 2020 selepas projek pembinaannya bermula Julai lalu. – BERNAMA

Kategori