• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bahana Kerap Pakai Heels, Zara Zya Dikejar Ke Hospital

oleh
26/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASANYA baru sahaja pelakon, Zara Zya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kelenjar di bahagian tepi pipi sekitar Julai lalu.

Terkini, agak memeranjatkan apabila beberapa portal hiburan melaporkan heroin Love You Mr. Arrogant ini sekali lagi dimasukkan ke hospital!

Haaa… Apa sudah jadi Zara?

Menerusi entri terbaru di laman Instagram milik Zara, dia memberitahu kaki dan bahagian tulang belakang terasa sakit secara tiba-tiba mengakibatkan pelakon ini tidak mampu untuk berjalan.

Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin mengakui panik dengan keadaan itu sehingga terpaksa membatalkan hasratnya untuk ke lokasi penggambaran bagi mendapatkan rawatan di hospital.

Kejadian semalam… bila terjaga waktu pagi, kaki dgn tulang belakang saya sakit sgt. Tak boleh jalan. Hasrat nak pegi shooting tergendala. Nervousnya masa tu Allah je tahu. Hurmmmm sebabnya ialah hari2 pakai kasut tumit tinggi 😕Shooting pakai, masa jalan2 pakai. Dan terlalu banyak berdiri. Nahhhh Allah tarik nikmat untuk seketika. Skrg ni saya nak ingatkan semua para gadis, para wanita please lah kurangkan pakai high heels okay. Alhamdulilah sekarang saya okay 👌🏽 @zarazyaloverz #zarazyaloverz 💋

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on Oct 25, 2017 at 8:32pm PDT

Menurut pengurusnya, Along Ailina berkata selain daripada kerap memakai kasut tumit tinggi, kekurangan rehat juga merupakan faktor kepada kesihatan Zara terjejas.

Namun, difahamkan tiada kecederaan serius yang berlaku ke atas anak jati kelahiran Perak berkenaan.

“Syukurlah tiada sebarang masalah kesihatan serious. Cuma pagi semalam dia tiba-tiba tidak boleh berjalan dan kaki kanannya tidak mampu memijak lantai.

“Selepas mendapatkan rawatan, doktor mengatakan mungkin disebabkan kurang rehat dan kerap memakai kasut tumit tinggi.

“Zara diberikan suntikan dan ditahan seketika kerana doktor mahu memantau tindak balas ubat yang diberikan kepadanya. Ini kerana Zara mempunyai alahan terhadap ubat penahan sakit,” katanya memetik sebuah portal online.

Dalam pada itu, Along Ailina memaklumkan sejak kebelakangan ini Zara sememangnya kerap memakai heels demi menjayakan watak yang dibawa dalam drama, Monalisa di mana kini masih lagi dalam proses penggambaran.

“Kebelakangan ini setiap hari dia terpaksa memakai kasut tumit tinggi kerana tuntutan watak lakonannya.

“Selepas ini kami akan memantau dan dia hanya akan memakai kasut tersebut ketika dalam set penggambaran sahaja.

“Zara diberikan cuti sakit selama tiga hari dan kami sangat bersyukur kerana pihak produksi amat memahami situasinya.

“Mereka mengatur kembali jadual untuk Zara dan membenarkan dia berehat sehingga kesihatannya kembali pulih seperti sedia kala,” jelas pengurus pelakon itu.

Dalam perkembangan lain, Zara kini kian pulih dan telah dibenarkan untuk pulang dari hospital berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: ZaraZara Zya
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hubungan Hafreez Adam, Zara Zya Dilanda Dugaan

10/12/2019
0

“SAYA akui hubungan kami sedang dilanda dugaan, namun saya yakin sudah cukup matang untuk mengawal situasi ini. Saya sedang berusaha...

Hafreez Pikat Zara Dengan Teh Hijau

24/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Lumrah si jejaka menambat hati gadis idaman, bermacam-macam cara digunakan agar si dia tertambat. Hafreez Adam yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd