• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Babi Hutan Mengganas Di Singapura Serang Penduduk

oleh
19/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Kisah babi hutan bebas berkeliaran mencari makanan di republik ini bukan baharu lebih setahun lalu malah kehadirannya menakutkan penduduk termasuk bukan Muslim sendiri.

Terbaharu seorang lelaki yang berusia 40-an tahun menjadi mangsa keganasan babi hutan apabila mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital setelah diserang di sebuah perhentian bas di Hillview Road pagi Khamis.

Olga, seorang pakar penjualan yang berusia 30 tahun, memberitahu agensi berita Mediacorp bahawa dia sedang berjalan menuju ke sebuah stesen MRT dengan suaminya sekitar 8.30 pagi apabila ternampak serangan kejam itu.

“Saya ternampak seekor haiwan – pada mulanya saya fikirkan ia hanya seekor anjing yang besar dengan pemiliknya – tetapi dalam dua atau tiga saat, haiwan itu mula menyerang lelaki itu sebelum mangsa terjatuh dan menjerit.

“Dia benar-benar dalam kesakitan,” kata Olga yang kemudian bergegas bersama suaminya untuk menolong lelaki itu. Kebetulan seorang lagi lelaki lain turut datang membantu dengan menggunakan rotan buluh dari keretanya.

“Dia bertindak memukul babi hutan itu. Tindakan tersebut berjaya membuat babi hutan itu lari daripada tempat berkenaan,” jelas Olga. Malangnya ujar wanita terbabit, babi hutan itu kemudian dilanggar oleh bas awam.

Baca: Lebih 20 Babi Hutan Serbu Hentian Bas Singapura

Serta: Babi Hutan Makin Kerap Muncul Di Singapura

Lagi: Singapura Bunuh Babi Lepas Tular Wanita Beri Makan

Malah: Panik Babi Hutan ‘Gila Babi’ Di Hentian Bas Singapura

Dan: Biar Betul, Minta Kerja Di Singapura Mesti Makan Babi?

Seorang lelaki kemudian menghentikan keretanya dan membawa kit bantuan kecemasan perubatan yang dapat digunakan oleh Olga dan suaminya bagi merawat si mangsa cedera itu sebelum ketibaan anggota paramedik.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan mengenai insiden yang berlaku di luar 25, Hillview Avenue pada pukul 8.43 pagi dan segera mengerahkan sebuah ambulans ke lokasi kejadian tersebut.

Mangsa mengalami “luka dan bengkak-bengkak” di kedua-dua bahagian kakinya, menurut kenyataan SCDF, yang turut menambah bahawa pesakit terbabit selepas itu dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong dalam keadaan sedar.

Insiden terbaharu itu berlaku selepas beberapa siri insiden yang melibatkan banyak babi hutan di sekitar Singapura dilaporkan media tempatan hingga menjadi bahan topik perbualan panas ramai pengguna media sosial sendiri.

Sebelum ini, dua orang cedera pada bulan lalu ekoran kemalangan yang melibatkan babi hutan di Lebuh Raya Ayer Rajah. Sehari kemudian, tiga lagi pengguna kenderaan cedera dalam kemalangan yang serupa di Lentor Avenue.

Seorang wanita juga diserang babi hutan pada Julai lalu dan memerlukan 60 jahitan bagi kecederaan yang dialami di kaki kanannya ekoran insiden di sebuah taman di kawasan Upper Thomson. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: babiSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tinggal Dekat Dengan Babi, Boleh Hari-Hari Tengok Babi, Cium Babi, Makan Babi – Ridhuan Tee

Tinggal Dekat Dengan Babi, Boleh Hari-Hari Tengok Babi, Cium Babi, Makan Babi – Ridhuan Tee

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah mencadangkan pemimpin yang suka pada babi supaya tinggal berdekatan dengan...

Ronnie Liu Desak Kerajaan Madani Selesaikan Segera Isu Penternakan Babi, Elak Hilang Keyakinan Bukan Melayu

Ronnie Liu Desak Kerajaan Madani Selesaikan Segera Isu Penternakan Babi, Elak Hilang Keyakinan Bukan Melayu

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa Kerajaan Madani bakal hilang keyakinan komuniti bukan Melayu jika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd