Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

BNM Dijangka Kekalkan OPR...

KUALA LUMPUR : Firma penyelidikan menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar...

MCA Harap Kembalikan Sokongan...

KUALA LUMPUR - MCA berharap penghargaan rakyat kepada usaha parti selama ini dapat...

Jokowi Panjat Menara Tinjau...

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra disebut Jokowi mencipta kejutan...

Junta Thailand Tuduh Polis...

BANGKOK - Timbalan pemimpin junta Thailand menuduh tiga anggota polis membantu bekas Perdana...

Austria Sasar Tarik Banyak Pelaburan Malaysia

KUALA LUMPUR – Austria berhasrat menarik lebih banyak syarikat Malaysia melabur di negara itu, kata Duta Besarnya ke Malaysia, Dr Michael Postl.

Postl, yang mengambil alih jawatan itu pada Ogos 2017, berkata Malaysia merupakan antara rakan dagang penting Austria.

“Malaysia kini menduduki tempat pertama di Asia Tenggara dari segi import dari Austria dan ke-38 di seluruh dunia dari segi eksport ke negara kami,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang, di sini hari ini.

Postl berharap nilai import dan eksport dapat dipertingkatkan.

Beliau berkata walaupun semua ini, masih belum ada pelaburan langsung asing (FDI) yang besar dari syarikat Malaysia ke negaranya, walaupun FDI dari syarikat Austria ke Malaysia bernilai lebih dari € 200 juta (€ 1 = RM4.95).
“Masih terdapat potensi besar untuk meningkat,” katanya.

Postl berkata Austria yang kedudukannya strategik di Eropah, boleh menjadi lokasi utama bagi pengendali perniagaan menubuhkan dan mengembangkan perniagaan mereka di Eropah.

“Kami berpendapat Vienna (ibu kota Austria) mempunyai kemudahan pemindahan yang sangat baik. Kami mempunyai penerbangan terus ke semua negara di Balkan Barat beberapa kali sehari dan sambungan penerbangan ke semua negara di Eropah timur.

“Jadi, bagi syarikat-syarikat yang berminat di pasaran Eropah, kita fikir Austria menawarkan peluang (yang baik),” katanya.


Postl berkata beliau berharap dapat membawa lebih banyak syarikat Austria melabur di Malaysia, dan warga Austria pada umumnya untuk melawat Malaysia dan sebaliknya, dengan itu dapat memperkukuhkan industri pelancongan di kedua-dua negara.

“Austria juga merupakan negara budaya … kami mempunyai banyak muzik klasik. Vienna dikenali sebagai ‘Ibu kota Muzik Klasik’,” katanya.

Mengenai lawatan ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, Postl berkata, pertukaran penting memandangkan media memainkan peranan penting di semua negara.

Sementara itu, Azman berkata, Bernama boleh memainkan peranan utama dari segi hubungan media berkaitan profil kedutaan asing di sini dari segi duta dan aktiviti negara mereka.

Selain itu, beliau juga menyeru semua media di negara ini agar kekal berinteraksi dengan kedutaan untuk membantu Kementerian Luar dalam usaha merapatkan hubungan antara Malaysia dengan rakan asingnya. – BERNAMA

Kategori