• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM-TNI Banteras Aktiviti Haram Di Sempadan

oleh Ahmad Albab
20/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) telah berjaya menjalani aktiviti rondaan sempadan Patroli Terkoordinasi (PATKOR) Siri 2/2017 yang berakhir di pos MALINDO, Kem Jawatankuasa Perancang Gerakan (JPG) Lubok Antu, Sri Aman, kira-kira 265km, dari sini.

ATM disertai oleh 25 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) manakala TNI pula diwakili jumlah sama anggota dari Angkatan Darat (TNI-AD) dalam operasi 10 hari itu yang berakhir semalam.

Majlis penutupnya telah disempurnakan bersama oleh Ketua Staf Briged Ketiga Infantri Malaysia, Lt. Kol. Ilyas Hanafi dan Wadan Kolakopsrem 121 Alam Bhana Wanawai (ABW), Sintang, Indonesia, Kolonel Infantri Arnold A.P Ritiauw.

PATKOR merupakan sebuah operasi rondaan bersama Malaysia dan Indonesia yang dilaksanakan bagi membendung aktiviti yang melanggar undang-undang di perbatasan MALINDO.

PATKOR pada asalnya telah wujud melalui Mesyuarat/Rapat Tim Perancang Operasi Darat (TPOD) ke-21 di Balikpapan, Indonesia, pada 23 Julai 2003.

Menerusi mesyuarat tersebut, Malaysia dan Indonesia telah mencapai kata sepakat untuk mewujudkan PATKOR di sepanjang sempadan antara Sarawak dan Kalimantan Barat (KALBAR) bermula pada tahun 2003.

Lt. Kol Ilyas, dalam ucapan beliau pada majlis penutup tersebut, berkata kewujudan PATKOR mampu menjaga kedaulatan kedua buah negara, di samping menjalin hubungan yang lebih erat dalam membanteras kegiatan yang boleh menggugat keselamatan dan kedaulatan kedua-dua negara itu.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada pihak KOREM 121 ABW dan Skuadron Keempat Armor Diraja di atas segala usaha mengembling tenaga dalam melaksanakan PATKOR Siri 2/2017 dengan jayanya.

Katanya, operasi bersama itu akan diteruskan tahun hadapan.

Hadir sama pada majlis itu Pegawai Memerintah Skuadron Keempat Armor Diraja, Lt. Kol. Mohd Nizam Masri, pegawai-pegawai TDM dan TNI-AD serta wakil-wakil agensi kerajaan daerah Lubok Antu. – BERNAMA

Tags: ATMTNI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Rampas 700kg Ketum

ATM Rampas 700kg Ketum

23/06/2024
0

Kuala Nerang : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM56,000 ke...

Taiwan Bincang Dana Ketenteraan Baharu Dengan AS

Mindef Sedia Hantar ATM Ke Timur Tengah Bantu Urus Keselamatan Pelajar Malaysia

21/04/2024
0

KOTA BHARU - Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersedia menghantar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Timur Tengah untuk membantu menguruskan keselamatan para...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd