• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asrama Tahfiz Rantau Panjang, Musnah Kebakaran

oleh AK-47
10/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Empat bilik asrama yang terletak di aras atas bangunan dua tingkat pusat tahfiz Nur Al-Quran di Rantau Panjang, Kapar di sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan berkata kebakaran itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kecederaan mahupun kehilangan nyawa oleh kerana ketika kejadian, kesemua pelajar tahfiz itu berada di aras bawah.

“Bomba dapat panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 2.45 petang dan tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian.

“Dilaporkan ketika kejadian, 25 pelajar lelaki dan dua guru yang menghuni di asrama itu berada di tingkat bawah mengikuti kelas mengaji,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata kebakaran yang berpunca dari bilik tengah asrama tersebut dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian.
​​​​​​​
“Semua bilik di tingkat atas musnah sepenuhnya dan api berjaya dikawal sebelum merebak ke aras bawah bangunan ini. Punca sebenar kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” kata Zaidi.

Sementara itu seorang pelajar, Ahmad Ammar Rasyid Norhisham, 15, berkata dia menyedari kejadian itu selepas terhidu dan melihat asap tebal di aras atas premis berkenaan.

Ahmad Ammar berkata dia cuba memadamkan kebakaran tersebut menggunakan sebaldi air tetapi gagal dan memaklumkan kejadian tersebut kepada gurunya yang kemudian menghubungi bomba.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Faizal Abdullah yang ditemui pemberita berkata beliau dimaklumkan bahawa pusat tahfiz tersebut masih belum didaftarkan.

Beliau berkata pihaknya juga telah meminta bomba menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian kebakaran itu bagi membolehkan pusat tahfiz berkenaan didaftarkan segera.

Jelasnya, UMNO Kapar juga akan memberikan bantuan segera kepada penghuni pusat tahfiz tersebut termasuk menyediakan keperluan asas mereka.

“Buat masa ini mereka akan ditempatkan sementara di inap desa berdekatan,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: kebakaran pusat tahfizZaidi Ahtan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kebakaran Tahfiz: Tiada Suntingan Rakaman CCTV – Saksi

07/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak membuat penyuntingan rakaman pergerakan dua tertuduh...

214 Barang Kes Kebakaran Ittifaqiyah Diserah

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Sebanyak 214 barang kes dalam tragedi kebakaran yang menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd