• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asrama Akademi Tahfiz Ihya Ul-Quran Terbakar

oleh Ahmad Albab
23/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sebuah asrama penginapan pelajar Akademi Tahfiz Ihya Ul-Quran, Kampung Bukit Lanchong, di sini musnah kira-kira 20 peratus dalam insiden kebakaran malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada 8.30 malam dan dua jentera bersama 14 anggota digerakkan ke lokasi.

Beliau berkata bagaimanapun tiada mangsa cedera dalam kebakaran asrama berkeluasan 90 kaki persegi yang terletak di tingkat dua bangunan tiga tingkat itu.

Katanya, api yang membakar beberapa tilam serta katil pelajar berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira sejam kemudian namun punca kejadian masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, mudir akademi tersebut Mohd Khairul Ni’mat Doll Kawaid, 33, ketika ditemui pemberita di lokasi memberitahu api dilihat marak sekitar 8.15 malam sebelum mengarahkan 17 pelajar berumur sembilan hingga 17 tahun yang sedang mengaji di tingkat bawah meninggalkan bangunan tersebut.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan punca kebakaran dipercayai akibat sisa bara ubat nyamuk yang dipasang di dalam asrama itu.

“Akademi ini pernah dilawati bomba, polis dan pihak berkuasa tempatan sebelum ini dan kita sedang menaik taraf secara berperingkat beberapa keperluan yang disarankan agensi terlibat demi keselamatan pelajar.

“Malah kita juga akan cuba mewujudkan skuad bomba tahfiz pada masa depan untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada pelajar dan guru untuk mengambil tindakan pantas sekiranya berlaku sebarang insiden atau kecemasan yang tidak diduga,” kata Mohd Khairul Ni’mat. – BERNAMA

Tags: Asramapusat tahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

13/05/2023
0

Melaka : Pengasas dan warden sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak dan Alor Gajah direman empat hari berhubung kes jenayah...

Padah Serbu, Serang Guru Pusat Tahfiz, Lima Lelaki Dipenjara 10 Bulan, Denda RM2,000

Padah Serbu, Serang Guru Pusat Tahfiz, Lima Lelaki Dipenjara 10 Bulan, Denda RM2,000

18/08/2022
0

LIPIS : Lima lelaki masing-masing dipenjara 10 bulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd