• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asajaya Diistihar Kawasan Wabak Rabies

oleh AK-47
23/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengumumkan Kampung Sampun Gerunggang, Asajaya sebagai kawasan baharu wabak Rabies atau penyakit anjing gila.

Sekretariat JPBN Sarawak dalam kenyataan hari ini, berkata perkara tersebut diputuskan Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, merangkap pengerusi jawatankuasa berkenaan Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Memandangkan kampung ini berada di luar 10 kilometer radius kawasan yang telah diisytihar wabak Rabies, maka kampung ini merupakan kawasan ke-26 wabak tersebut,” kata kenyataan itu.

Sekretariat itu berkata setakat ini, 265 daripada 266 keputusan sampel telah diterima daripada Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) di Ipoh.

Kenyataan itu menyebut sampel tersebut terdiri daripada 243 sampel anjing, 21 sampel kucing dan satu sampel kelawar. Daripada 265 keputusan kes, 53 atau 20 peratus terdiri daripada 47 sampel anjing dan enam sampel kucing yang telah disahkan positif virus Rabies.

“Empat daripada lima keputusan sampel anjing dilaporkan positif virus Rabies melalui ujian ‘Direct Fluorescent Antibody’. Kes positif dari Kampung Sampun Gerunggang, Asajaya, Kota Samarahan; Batu Kawa Old Bazaar, Kuching; Institut Memandu Cangiran Sdn Bhd, Matang, Kuching dan No. 8, Lorong 2H-2A Taman Malihah, Matang, Kuching.

“Sementara kes negatif adalah sampel anjing liar daripada Majlis Daerah Dalat, Mukah,” kata sekretariat itu. – BERNAMA

Tags: Wabak Rabies
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Berkeley Corner Terpaksa Hentikan Operasi

Next Post

Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Berbadan Dua

Related Posts

Wabak Rabies Ragut Nyawa Ke-21 Di Sarawak

08/11/2019
0

SHAH ALAM - Wabak rabies atau penyakit anjing gila meragut nyawa mangsa ke-21 di Sarawak selepas seorang kanak-kanak lelaki lima...

Rabies: Permintaan Lesen Anjing Meningkat Di Miri

19/10/2018
0

MIRI - Lonjakan permohonan lesen anjing susulan penularan wabak anjing gila atau rabies di bandar raya ini memaksa Majlis Bandaraya...

Next Post

Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Berbadan Dua

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd