• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arwah Pak Saiful Eratkan Media Malaysia-Indonesia

oleh AK-47
16/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Agensi Berita Nasional Indonesia (Antara), Saiful Hadi yang meninggal dunia di Jakarta semalam, merupakan individu penting dalam mengeratkan hubungan dua hala antara media Malaysia dan Indonesia.

Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Azman Ujang berkata ini kerana Allahyarham, yang lebih dikenali sebagai Pak Saiful, memainkan peranan signifikan dalam mewujudkan hubungan mesra tersebut dan sangat mengenali sosiopolitik Malaysia sejak sekian lamanya.

“Allahyarham sangat dikenali kerana watak penting yang merapatkan hubungan media antara kedua-dua negara baik secara individu mahupun sebagai bekas Ketua Umum Ikatan Kesetiakawanan Wartawan Indonesia-Malaysia (ISWAMI).

“Kami kerap berhubung khususnya jika tercetus isu-isu “panas” di media. Dalam tahun ini sahaja, saya berjumpa dengan Allahyarham dua kali iaitu di Jakarta dan Kuala Lumpur. Pada 25 Julai, Allahyarham walaupun menjalani rawatan dialisis sempat menyertai lawatan rombongan wartawan dari Indonesia ke sini.

“Kali terakhir saya menemuinya di Jakarta pada 1 Ogos lepas pada majlis penghargaan untuk media Indonesia dan Malaysia yang dihoskan Duta Besar Malaysia, Datuk Seri Zaharin Hashim di mana Pak Saiful diberi Anugerah Khas atas sumbangannya kepada hubungan baik Indonesia-Malaysia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media Indonesia melaporkan, Allahyarham Saiful meninggal dunia pada 9.30 malam waktu tempatan semalam, dipercayai kerana serangan sakit jantung dan jenazahnya akan dikebumikan hari ini.

Senada dengan Azman, Pengurus Besar Bernama, Datuk Zulkefli Salleh menyifatkan pemergian Pak Saiful amat dirasai kerana peranannya sebagai seorang sahabat media yang sejati, ikhlas dan jujur dalam membina hubungan yang lebih rapat antara kedua-dua negara.

Zulkefli, yang juga Pengerusi ISWAMI di Malaysia, berkata Allahyarham antara tokoh wartawan Indonesia yang mengasakan penubuhan organisasi tersebut dalam membina persefahaman dan mewujudkan hubungan dua hala media Malaysia dan Indonesia.

“Media memainkan peranan penting dan boleh menjadi alat untuk meregangkan atau merapatkan masyarakat. Kerana itu ISWAMI ditubuhkan dahulu. Saya berharap, usaha baik Pak Saiful dapat diteruskan wartawan lain dalam bentuk niat dan tindakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zakaria Abd Wahab berkata Allahyarham Saiful telah membuka banyak lembaran dan peluang berkaitan aktiviti media kedua-dua negara sehingga dikenali dalam kalangan tokoh-tokoh wartawan Malaysia.

“Sewaktu memegang jawatan sebagai Ketua Pengarang Antara, Allahyarham telah menjalin kerjasama rapat dengan media Malaysia hingga ke keakraban itu terserlah bukan sahaja di peringkat rasmi tetapi peribadi.

“Oleh kerana itu, hubungan Malaysia dan Indonesia berada di tahap terbaik kerana media kedua-dua negara sentiasa memelihara silaturahim antara rakyat dan kedua-dua kerajaan.

“Malah, banyak krisis dapat diselesaikan melalui peranan dimainkan kedua-dua pihak,” katanya.

Bekas Pengerusi Media Prima Berhad, Tan Sri Johan Jaafar berkata Allahyarham sangat dikenali kerana peranannya sewaktu kemuncak krisis media Malaysia-Indonesia berikutan isu pembantu rumah dan pemilikan Ambalat, sebuah blok lautan di Laut Sulawesi, yang menjadi pertikaian antara kedua-dua negara.

Jelasnya, Allahyarham ketika itu telah menggunakan platform yang terbaik dalam meredakan dan menyelesaikan krisis tersebut yang sekali gus tidak menjejaskan hubungan kedua-dua kerajaan.

Selain itu, Johan berkata Allahyarham juga telah menubuhkan Yayasan Kerumpunan Indonesia-Malaysia (YKAIM) baru-baru ini sebagai satu platform menghimpunkan tokoh intelektual, ahli perniagaan dan bekas wartawan untuk saling berinteraksi antara satu sama lain.

“Secara peribadi, semangat beliau sangat kuat. Walaupun sedangsakit, beliau sanggup turun padang menyelesaikan amanah dan tanggungjawab yang telah diberi,” katanya.

Sementara itu, rakan media Malaysia yang rapat dengan Allahyarham, Sabaruddin Ahmad Sabri berkata Pak Saiful antara tokoh wartawan, sahabat karib dan pemimpin media Indonesia yang selalu mengadakan lawatan dan kunjungan dalam merapatkan hubungan media Malaysia-Indonesia.

“Allahyarham mudah didekati. Walaupun sibuk, beliau sangat ambil berat tentang hubungan antara dua negara dan sangat mementingkan amanah yang diberi. Satu kehilangan besar,” katanya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Teruja Lihat Kemesraan Keluarga Diraja Johor Sambut Aidiladha

Netizen Teruja Lihat Kemesraan Keluarga Diraja Johor Sambut Aidiladha

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perkongsian gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menyambut Hari Raya...

Islam Pas Saja Yang Izinkan, Itu Ajaran Sesat – Teng Chang Khim

Islam Pas Saja Yang Izinkan, Itu Ajaran Sesat – Teng Chang Khim

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Islam mana yang ada 3R? Islam Pas saja yang izinkan. Itu ajaran sesat" Demikian sindiran bekas Speaker...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd