• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tahan 2 Bot Nelayan Asing Vietnam

oleh AK-47
27/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur menahan dua bot nelayan asing dipercayai dari Vietnam kerana menceroboh dan melakukan aktiviti menangkap hasil marin terutama gamat di perairan negara malam tadi.

Pengarah Pangkalan Maritim Kemaman Leftenan Komander Maritim Mohamad Rezal Kamal Bashah berkata bot nelayan asing pertama ditahan kira-kira 31 batu nautika manakala bot kedua ditahan 26 batu nautika dari Kuala Kemaman.

“Semasa APMM membuat rondaan 11.30 malam tadi, APMM telah terserempak dengan dengan dua bot nelayan tersebut yang sedang bergerak disyaki sedang menangkap hasil laut dan mereka diarahkan berhenti.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 11 awak-awak termasuk tekong berumur antara 21 dan 55 tahun yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan tiada permit sah daripada Jabatan Perikanan untuk menangkap ikan di perairan Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, tiada hasil tangkapan laut ditemui di kedua-dua bot itu kecuali 9,000 liter minyak diesel kerana disyaki mereka baru sahaja hendak memulakan aktiviti menangkap hasil laut.

Beliau berkata nilai keseluruhan dua bot yang ditahan beserta peralatannya ialah kira-kira RM300,000.

“Kedua-dua bot ini telah dibawa masuk ke Pangkalan Maritim Kemaman untuk ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

“Sepanjang tahun ini, APMM berjaya membuat 39 tangkapan yang melibatkan kes disiasat di Pangkalan Maritim Kemaman dan kami akan terus memperkukuhkan kedaulatan perairan negara dengan menggiatkan rondaan secara berterusan bagi membanteras dan melumpuhkan kemasukan bot nelayan asing,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bajet 2018 Gariskan Perkongsian Kekayaan Negara

Next Post

Pelaburan Dijangka Meningkat Kepada RM369 Bilion

Related Posts

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

09/12/2024
0

Johor Bahru : Seorang Pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini atas enam...

Pegawai APMM Pertingkat Teknik Penahanan di Perairan

Pegawai APMM Pertingkat Teknik Penahanan di Perairan

17/02/2023
0

KUALA LUMPUR, 17 Feb -- Seramai 18 tenaga pengajar dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengikuti latihan menangkap penjenayah...

Next Post

Pelaburan Dijangka Meningkat Kepada RM369 Bilion

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd