• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Peronda PLUS Maut Dirempuh Lori

oleh Ahmad Albab
17/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang anggota peronda Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) maut manakala rakannya cedera dirempuh lori satu tan ketika sedang mengutip kon di tepi lebuh raya PLUS di Km 231.6 berhampiran susur keluar Pedas-Linggi arah utara petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata kemalangan kira-kira pukul 3.56 petang itu berlaku apabila lori tersebut yang dipercayai hilang kawalan lalu merempuh mangsa dan juga kereta peronda PLUS menyebabkan kereta itu terbalik ke dalam gaung manakala lori terbabit terbabas ke tebing jalan.

“Mangsa Mohd Nazri Aziz, 28, tersepit di tayar belakang sebelah kiri lori tersebut dan maut di lokasi kemalangan manakala rakannya mengalami cedera ringan.

“Pemandu lori terbabit patah kaki kiri manakala kelindannya pula cedera di muka,” katanya kepada Bernama.

Ahmad Mukhlis berkata seramai tujuh anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tampin dibantu enam anggota dan seorang pegawai dari BBP Seremban terlibat membantu mangsa kemalangan.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat manakala rakan mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini.

Tinjauan Bernama mendapati berlaku kesesakan jalan raya sejauh empat kilometer dari lokasi kejadian. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Beri Bantuan Kesihatan Pelarian Rohingya

Next Post

Jenazah Syzlin Hataman Tiba Di Tanah Air

Related Posts

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

05/07/2025
0

TANGKAK – Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda dan motosikal di Kilometer 2.5, Jalan Sialang pada...

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

26/06/2025
0

IPOH - Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam nahas dengan sebuah lori...

Next Post

Jenazah Syzlin Hataman Tiba Di Tanah Air

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd