• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Kumpulan Pop The Jayhawkers Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
25/10/2017
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang anggota The Jayhawkers, kumpulan kugiran pop yeh yeh era 60-an, Johami Abdullah, 73, atau Joe Chelliah meninggal dunia di kediamannya di Taman Pinggiran Golf di sini pagi tadi akibat barah otak.

Isteri Allahyarham, Nohamidah Abdul Hamid, 67, berkata suaminya dikesan menghidap barah otak sejak November tahun lepas.

“Beliau meninggal dunia di kediaman kami kira-kira 4.20 pagi dan ketika itu saya yang menjaganya sepanjang malam. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur selama dua hari untuk rawatan rutin.

“Beliau ada berkata kepada saya bahawa dia kuat walaupun dia sebenarnya sedang sakit sehinggalah beliau meninggal dunia. Arwah tidak pernah merungut tentang sakitnya,” katanya kepada Bernama.

Jenazahnya dikebumikan di Makam Haji Said di sini selepas waktu zohor tadi.

Antara rakan artis yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah penyanyi Roziah Latiff iaitu penyanyi utama kumpulan Jayhawkers , Datuk A. Rahman Hasan dan Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez.

Allahyarham meninggalkan isteri dan tiga orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki.

Johami atau nama lebih dikenali sebagai Joe Chelliah yang dilahirkan di Muar, Johor pernah menyambung pengajian bagi Sijil Guru Pakar (muzik) di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur (1976) dan melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Muda Kesenian (Pendidikan Muzik) di Lowa Universiti, Amerika Syarikat (1986) dan Sarjana Kesenian (Muzik) di universiti yang sama setahun kemudian.

Johami pernah menyandang jawatan Ketua Jabatan Muzik di Specialist Teachers College (1996), Presiden Persatuan Pendidikan Muzik Malaysia (2000-2012), Penasihat Kehormat Fakulti Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (2007) dan Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) pada 2012. – BERNAMA

Tags: artis meninggal dunia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tony Spider Meninggal Dunia Di Studio Rakaman

30/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Pemain bass kumpulan terkenal tanah air, Spider, Tony Iskandar menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.30 pagi. Astro...

Pelakon Veteran Idris Mat Diah Meninggal Dunia

14/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Pelakon veteran, Idris Mat Diah yang membawa watak Pak Andak dalam drama '7 Hari Mencintaiku 2', meninggal dunia awal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd