• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Al-Fatihah: Maznah Hamid Iron Lady Meninggal Dunia

oleh AK-47
05/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAKZIAH… Datuk Wira Maznah Hamid yang lebih dikenali sebagai Iron Lady menghembuskan nafas terakhir pada jam 6 petang Rabu setelah lima hari diwadkan di Institut Jantung Negara (IJN).

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. itu dimasukkan ke IJN di ibu negara dalam keadaan kritikal susulan komplikasi jantung dan sudah menjalankan tiga pembedahan pada 29 September lalu.

Allahyarhamah dilahirkan di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah pada tanggal 18 April 1955 turut aktif dalam arena politik UMNO tempatan termasuk memegang pelbagai jawatan penting menerusi parti keramat Melayu tersebut

Beliau meninggalkan seorang suami iaitu Datuk Shaheen Mirza Habib serta lima orang cahaya mata iaitu Nur Sharmila, Shahril Reza, Nurul Shameem, Mohamad Shafiq Azim dan Mazreen Shanim.

Semasa hayatnya, Maznah juga merupakan seorang pakar motivasi yang terkenal dan telah memberikan banyak ceramah tentang cara-cara memajukan diri kepada pelbagai golongan masyarakat.

Mengenai sumbangannya dalam Securiforce, Maznah pernah mengepalai lebih 65 buah cawangan dengan kira-kira 6,000 orang kakitangan syarikat perkhidmatan keselamatan tersebut.

Securiforce malah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara) di beberapa buah negara.

Ini meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah dengan mewujudkan cawangan di Singapura, Thailand, China, Korea Selatan, Turki dan Jerman.

Allahyarhamah juga menjadi contoh usahawan yang mengagumkan kerana kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank.

Selain itu, Maznah menceburkan diri dalam bidang hertanah, antaranya adalah Danau Lumayan yang membina pangsapuri eksklusif dan lot-lot kompleks perniagaan di Bandar Tun Razak di ibu negara.

Jenazah beliau dilaporkan dibawa ke kediamannya iaitu Villa Maznah, Lot 3688, Jalan Ukay 2, off Jalan Lee Hin Neo, Ukay Height, Ampang, Selangor sebelum dikebumikan.

Al-Fatihah dan salam takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Inna lillah wa inna ilaihi rojiun. –MYNEWSHUB.CC

Tags: Iron LadyMaznah Hamid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd