• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akibat Derma RM1 Bilion, Tun M Tunduk Kepada DAP?

oleh
04/10/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

EMPAT hari lepas, portal berita Malaysia Today mendedahkan Mahathir Mohamad telah derma RM1 bilion kepada Lim Kit Siang untuk membolehkan dia jadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Selain itu, Mahathir juga dikatakan memberikan sumbangan tersebut dengan balasan untuk meletakkan anaknya, Mukhriz di tempat yang dianggap selamat apabila bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Khabarnya RM750 juta sudah pun dibayar kepada Kit Siang dan baki lagi RM250 juta akan diselesaikan Mahathir apabila Mukhriz sudah ‘sah’ menjadi calon kerusi mana yang dia hendak tandingi pada PRU ke-14 itu kelak.

Bermakna apa yang Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan dedah sebelum ini tentang perjanjian sulit antara Mahathir dengan Kit Siang adalah benar-benar berlaku dan bukan cerita rekaan.

Dalam perjanjian rahsia yang didedahkan oleh Tunku Abdul Aziz itu, Kit Siang sudah berjanji dengan Mahathir untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri dan DAP cuma ambil jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Siap beri derma lagi kepada DAP untuk dapat jawatan. Memang Mahathir sah betul-betul dipergunakan oleh DAP dan tersungkur sepenuhnya di kaki DAP, seperti mana yang diulas sendiri oleh portal Malaysiakini semalam.

Bukan sahaja derma, Mahathir siap datang ‘mengemis’ lagi di pejabat DAP pada 2 Oktober lalu. Kalau seseorang itu kuat, dia tidak pergi ke pejabat orang lain. Pihak yang tidak kuat akan diminta datang menyembahnya di tempatnya.

Itulah hukum alam sejak dulu lagi. Orang lemah akan tunduk dan melutut pada yang kuat. Mahathir datang melutut ke Ibu Pejabat Kebangsaan DAP, buat pertama kali dalam sejarah untuk hadiri mesyuarat Majlis Presiden PH.

Sebelum ini, 4 Disember 2016, Mahathir hadir ke Konvensyen DAP dan duduk dikapit Kit Siang, selain Chen Man Hin, Penasihat Seumur Hidup DAP yang terpaksa memakai alat terjemahan bahasa Melayu kepada Mandarin!

DAP akhirnya menunjukkan kepada semua parti komponen lain dalam blok PH bahawa merekalah yang paling kuat dan berkuasa sekali. Mereka malah ketika ini ada 37 kerusi, bukan macam PPBM yang cuma ada satu kerusi sahaja.

Baca: Tun M Tersungkur Agenda ‘Malaysian Malaysia’?

Lebih aib, PPBM kena derma sampai RM1 bilion baru  boleh dapat jawatan dalam PH. Kini, DAP sudah menang. Mahathir hanya alat DAP untuk pecah belah Melayu. Sesuailah akronimnya PPBM (Parti Pemecah Belah Melayu).

Mahathir juga tunduk kepada barisan kepimpinan DAP dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu yang masih lagi berstatus haram kerana jawatan mereka pun belum diiktiraf oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ini berlaku kerana ada penyelewengan senarai perwakilan dalam urusan pemilihan parti itu bertarikh 29 September 2013. Pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatann utama DAP juga adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Pemimpin DAP sekarang memimpin parti adalah haram dan mereka juga ingkar arahan ROS supaya diadakan pemilihan semula pada 7 Julai lalu.  Sampai sekarang petanda diadakan pemilihan baharu masih tidak kedengaran.

Lucunya jika isu pemilihan parti yang wajib dibuat, DAP tidak mahu buat, pesta arak Oktoberfest pula yang DAP kecoh hendak diadakan. Pemimpin DAP lebih sibuk mahu mengadakan pesta arak besar-besaran di negara ini.

Tetapi mengenepikan arahan ROS untuk diadakan pemilihan baharu. Golongan pemimpin berstatus haram inilah yang Mahathir tunduk sekarang sampai terpaksa melutut ‘bodoh’ di pejabat DAP di ibu negara kelmarin.

Apakah strategi DAP ajak tokoh politik Melayu datang pejabatnya? Supaya boleh tunjuk pada Melayu yang lain bahawa DAP bukan lagi sebagai parti rasis. Mahathir pun sudah bersihkan imej DAP konon bukan parti rasis.

Mahathir terbukti hanya mahu dijadikan alat oleh DAP untuk dapat undi orang Melayu. Walhal pada 29 April 2013, Mahathir bahkan kata akan terus memanggil DAP sebagai parti rasis yang mewakili bangsa Cina sahaja.

Malahan pada masa itu tidak takut dengan gaya pemimpin DAP yang kerap mengkritiknya. Mahathir berlagak berani dan kononnya tidak takut dengan ugutan bekas Pengerusi DAP pada masa itu, mendiang Karpal Singh.

”Terkejut saya, sampai naik pucat muka saya apabila Karpal kata mahu tangkap saya. Tangkaplah, dakwalah saya. Saya hendak kata, memang Kit Siang adalah rasis,” tegas Mahathir dalam akhbar Utusan Malaysia ketika itu.

Kemudian, pada 1 Mei tahun sama, Mahathir sekali lagi kata Ketua Parlimen DAP itu mengamalkan perkauman dan rasis malahan dia menjelaskan kenapa pemimpin DAP itu wajar dilabelkannya sebagai rasis.

“Apabila saya katakan Kit Siang rasis, pelampau perkauman sepatutnya dia jawablah kenapa dia bukan pelampau, sebaliknya suruh kawan dia, Karpal Singh bagi surat kepada saya minta tarik balik dakwaan Kit Siang adalah rasis.

“Tujuannya supaya saya berasa takut diheret ke mahkamah, oleh itu saya tidak akan kata Kit Siang adalah rasis. Malam ini pun saya hendak sebut dengan suara selantang mungkin, bahawa Kit Siang seorang rasis,” kata Mahathir.

Dalam ucapan itu juga Mahathir berkata, DAP tidak akan berjaya menutup mulut beliau yang akan terus mengkritik DAP. Dulu bukan main lagi berlagak berani dengan DAP. Namun sekarang ini Mahathir sudah takut dengan DAP.

Baru diberi jawatan untuk menjadi pengerusi pembangkang dan partinya berjaya diterima masuk sertai blok PH, Mahathir sekejap sahaja sudah jadi jinak dan tunduk kepada DAP serta kemudian menutup mulutnya sendiri.

Contohnya dahulu semua benda yang didakwa sebagai haram, kini menjadi amalan Mahathir. Demonstrasi jalanan haram sekarang halal setelah tunduk kepada pemimpin DAP, sebuah parti yang masih lagi berstatus haram.

Kerana kejar kuasa untuk anak dan kroninya, Mahathir sanggup buat apa sahaja. Matlamat menghalalkan cara bagi Mahathir. Tunduk pada DAP pun tidak mengapa, janji dapat kuasa! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: DAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd