• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Akauntan Diperlukan, Tingkat Celik Kewangan

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sektor awam dan sektor swasta bekerjasama untuk melahirkan lebih ramai akauntan kerana ia akan membantu meningkatkan lagi tahap celik kewangan dalam kalangan rakyat, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

“Kami menyasar melahirkan 60,000 akauntan menjelang 2020 dan sekarang ini terdapat 33,000 akuantan profesional di Malaysia, yang mana 20,032 adalah akauntan bertauliah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Perakaunan Yayasan Peneraju 2017, di sini, hari ini.

Johari berkata, walaupun usaha Malaysia melahirkan lebih ramai akauntan profesional berjalan lancar tetapi lebih banyak masa diperlukan untuk mencapai sasaran tersebut.

Setakat ini, akauntan profesional Malaysia berjumlah 33,000, tinggi sedikit berbanding angka 2015, sebanyak 30,000 orang.

Yayasan Peneraju telah dipertanggungjawabkan melahirkan 1,000 akauntan profesional Bumiputera setiap tahun sejak 2015, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mencapai nisbah seorang akauntan menyediakan khidmat kepada 500 orang menjelang 2020.

“Kami komited menambah baik bilangan akauntan dan akauntan bertauliah. Kami juga perlu menumpukan kepada kualiti tenaga kerja yang kami lahirkan,” katanya.

Menurut nisbah penduduk/akauntan Asia, nisbah Malaysia adalah pada seorang akauntan menyediakan khidmat kepada 950 orang, ketinggalan di belakang Singapura pada 184 dan Hong Kong pada 195.

Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju Raja Azura Raja Mahayuddin berkata peratusan akauntan Bumiputera berjumlah 8.42 peratus daripada sejumlah 20,032 akauntan bertauliah.

“Sehingga hari ini, kami telah membiayai lebih 3,000 bakal akauntan profesional Bumiputera dan akan terus melahirkan sehingga 15,000 akauntan profesional menjelang 2030,” katanya. – BERNAMA

Tags: Akauntan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JR Plus Bela Rakyat Tanpa Pilih Fahaman Politik

Next Post

Surah Al-Mulk, Syarat Nikah Buat Sufian Dan Elfira

Related Posts

Akauntan Antara 6 Wanita Dikait Dengan ‘Hot Daddy’ Didakwa Miliki Video Lucah

Akauntan Antara 6 Wanita Dikait Dengan ‘Hot Daddy’ Didakwa Miliki Video Lucah

31/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Enam wanita termasuk seorang akauntan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki video lucah...

Dua Ditahan Bantu Kes Bunuh Akauntan Di Cheras

Dua Ditahan Bantu Kes Bunuh Akauntan Di Cheras

13/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang akauntan yang mayatnya ditemui dalam keadaan bogel di tepi...

Next Post

Surah Al-Mulk, Syarat Nikah Buat Sufian Dan Elfira

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd