• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Jepun Lancar Laluan Nagoya-Sapporo Mulai 29 Okt

oleh Ahmad Albab
16/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – AirAsia Jepun, anak syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia akan memulakan penerbangan sulungnya dari Nagoya ke Sapporo bermula 29 Okt ini.

AirAsia Jepun dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkhidmatan penerbangan dua kali sehari itu akan menghubungkan hab utama AirAsia Jepun di Nagoya ke ibu kota wilayah utara Hokkaido itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Osamu Hata, berkata bagi meraikan penerbangan sulung ini, AirAsia akan menawarkan pelanggannya tambang promosi sehala istimewa daripada hanya lima yen (100 yen = RM3.77) bermula 17–22 Okt bagi perjalanan antara 29 Okt 2017 hingga 24 Mac 2018.

“Kami berbangga menjadi syarikat penerbangan pertama beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair Nagoya.

“AirAsia Jepun komited untuk menghubungkan seramai mungkin para tetamu ke rangkaian meluas AirAsia dengan tambang rendah serta mengeratkan komuniti dan budaya untuk memajukan ekonomi tempatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes, berkata dengan pelancaran laluan itu, AirAsia akan mencetus revolusi penerbangan tambang rendah di Jepun.

“Dengan rakan kongsi baharu yang mempunyai visi yang sama, saya yakin AirAsia akan menjadi pilihan penerbangan di Jepun,” katanya.

AirAsia Jepun adalah usaha sama antara AirAsia Bhd, Rakuten Inc, Octave Japan Infrastructure Fund I GK, Noevir Holdings Co Ltd dan Alpen Co Ltd.

Syarikat penerbangan itu mengendalikan dua pesawat A320-200 dari habnya Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair di Nagoya. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR, 22 April – Suasana tegang tercetus dalam sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur apabila seorang penumpang...

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd