BIASANYA kita mesti akan tergoda apabila tengok rakaman video orang buat ‘food review’ atau ulasan makanan. Baru tengok sekali, dah terus tergoda hendak cuba rasa!
Namun, tidak semua pengulas bersikap jujur mengaku rasa sebenar makanan itu sama ada ianya sedap atau tidak. Ehhh… Berani ke nak mengaku tak sedap kalau sudah dibayar?
Baru-baru ini tular di Twitter apabila video seorang lelaki yang dikenali sebagai Aiman Dotdot dengan jujurnya membuat food review burger Thai Fish keluaran terbaharu McDonalds.
Pada mulanya dia berasa teruja untuk merasa burger yang menjadi bualan hangat netizen. Tapi, apabila dimasukkan saja ke dalam mulutnya… Reaksinya berubah.
“Indah khabar daripada rupa burgernya. Rasa tomyam lah! Ni betul tak sedap ni. Aku tak tipu,” katanya sambil ketawa besar.
Lelaki itu telah ‘berkongsi kenikmatan’ burger tersebut bersama dengan rakan-rakannya yang lain.
Macam-macam perasa diorang sebut. Tomyam lah, paprik, asam pedas lah. Banyak betul perasa burger baharu tu kan.
“Aku suka mamat ni review makanan. Kalau tak sedap, dia cakap betul tak sedap. Bukan semua kedai Padu Beb, tapi bila rasa, tak padu pun,” kata individu yang memuat naik video ini di akaun Twitter miliknya.
Bukan apa, kebanyakan kedai makan sekarang mereka pasti akan meminta selebriti ataupun Instafamous untuk membuat review mengenai makanan yang mereka sediakan.
Memang tidak dinafikan, kebanyakkan yang sudah dibayar ini pasti mereka akan mengaku makanan itu sedap walaupun hakikatnya tidak sesedap yang digambarkan.
Bagus tindakan Aiman ni apabila dia secara jujur dan terang-terangan mengaku makanan itu kurang sedap. Jujur tu perlu kalau dalam bab makanan ni.
Boleh buat bergaduh kalau cakap makanan tu sedap tapi sebenarnya indah khabar dari rupa.
Sebenarnya Aiman merupakan salah seorang ahli Kchup Studio yang popular di Facebook kerana kejujuran mereka melakukan food review. Bagus betul, tak ada tipu kalau tak sedap.

Namun, ada juga sesetengah netizen yang tidak gemar dengan perbuatan team Kchup Studio yang kononnya menjatuhkan bisnes peniaga makanan.
Apa yang mereka lakukan itu bukan menjatuhkan reputasi sesebuah kedai makan, tetapi mereka hanya memberikan review yang jujur. Buat apa nak tipu cakap sedap kalau makanan tu tak sedap kan?
Lepas ni kalau korang rasa nak try makanan best dekat Malaysia ni, boleh cuba tengok dekat Facebook Kchup Studio dulu. Survey dulu kedai mana yang sedap makanannya.
Yelah, review mereka ni jujur sangat jadi tak ada tipu-tipu cakap sedap. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah