Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Malaysia Cadang Kecualikan Bayaran...

MUMBAI - Malaysia bercadang untuk tidak mengenakan bayaran visa terhadap rakyat India yang...

Video: Polis Tangkap Wanita...

SEBUAH video yang memaparkan seorang anggota polis di Amerika Syarikat yang bertindak kasar...

Kutip GST RM19 Sehari,...

KUALA LUMPUR - Dakwaan Rafizi Ramli kerajaan akan mengutip Cukai Barang dan Perkhidmatan...

Majikan, Pekerja Kritik Gaji...

PETALING JAYA - Kementerian Sumber Manusia dikritik kumpulan majikan dan pekerja berhubung kenaikan...

Ah Long Guna Nombor Talian Penagih, Pendatang Asing

IPOH – Pihak polis percaya Ah Long menggunakan nombor telefon penagih dan pendatang asing agar mereka sukar dikesan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt. Abdul Rani Alias berkata hasil siasatan yang dijalankan mendapati nombor telefon yang dipamerkan pada kain rentang atau iklan pinjaman bukan milik sebenar Ah Long selain ia tidak didaftar mengikut prosedur yang betul.

“Mereka menggunakan identiti orang lain, itu sebabnya kita tidak dapat mengesan dengan lebih terperinci pemilik sebenar nombor telefon itu,” katanya pada sidang media di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Sungai Senam di sini hari ini.

Sementara itu beliau berkata pihak polis menahan 68 individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan Ah Long bagi tempoh Januari sehingga kini.

Bagi tahun lalu pula, sebanyak 53 individu telah ditangkap dan 120 kes telah disiasat, katanya.


Abdul Rani berkata dalam operasi yang diadakan selama tiga hari bermula Selasa lepas dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh, sebanyak 6,010 keping kain rentang yang mempamerkan iklan pinjaman wang tanpa lesen ditanggalkan di sekitar Sungai Senam, Pasir Puteh, Bercham, Kampung Rapat dan Ampang Baru. – BERNAMA

Kategori