• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adiq Husainie Raih Kejuaraan Pertama Jelajah Malaysia

oleh AK-47
04/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Selepas lapan kali menyertai Jelajah Malaysia (JM), Muhamad Adiq Husainie Othman akhirnya menamatkan penantian untuk menjuarai sekurang-kurangnya satu peringkat perlumbaan.

Pelumba berusia 26 tahun daripada pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) itu, muncul juara peringkat kedua dari Lumut ke Kuala Kurau di sini, sejauh 145.3km dengan catatan masa tiga jam, 17 minit dan 12 saat, hari ini.

Pelumba berasal dari Terengganu itu, berjaya mengatasi Ariya Phounsavath daripada Thailand Continental Cycling dan Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut mencatatkan masa yang sama, selepas ketiga-tiga pelumba itu berjaya memisahkan diri daripada kumpulan 15 pelumba, dua km sebelum garisan penamat.

“Biasanya sebelum ini saya hanya dapat menamatkan JM dalam 10 terbaik keseluruhan, tetapi kali ini saya berjaya menang peringkat. Kali terakhir saya menang perlumbaan pun ketika di Tour of Brunei 2011, selepas itu hanya sekadar menang tempat kedua dan ketiga.

Tapi pada hari ini, saya membuktikan bahawa masih ada kudrat dan pengalaman, serta bukan pelumba yang sudah tenggelam,” katanya kepada pemberita selepas perlumbaan.

Sementara, pelumba daripada pasukan Oliver’s Real Food Racing dari Australia, Ryan Thomas merampas jersi kuning (klasifikasi keseluruhan) daripada pendahulu semalam, Abdul Gani dari KFC Cycling Team Indonesia, selain mengekalkan jersi kelabu (pelumba muda terbaik), selepas meraih tempat kelapan dengan masa 3:17:15s.

Ryan yang mendahului dengan masa keseluruhan 7:09:55s pada penampilan pertama pada jelajah tertua di Asia itu, berkata mahu mempertahankan kedua-dua jersi itu, walaupun bakal menerima saingan sengit daripada pasukan-pasukan lain.

Anak kelahiran Kampung Simpang Lima di sini, yang berhasrat untuk meraih kemenangan di kampung halaman sendiri, Muhammad Zawawi Azman dari pasukan Team Sapura Cycling hanya berjaya mempertahankan gelaran pelumba terbaik Malaysia (jersi merah) dengan masa 7:10:04s, selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-18 atas kesilapannya yang gagal mengekori kumpulan pemecah pada satu km terakhir.

Pada perlumbaan yang mempunyai tiga zon pecutan di Pantai Remis, Trong dan Bagan Serai, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki daripada pasukan TSG turut berjaya mengekalkan gelaran Raja Pecut (jersi hijau), selepas mengumpul 26 mata.
Gelaran Raja Bukit (jersi Polka-Dot) pula, masih dipegang oleh Abdul apabila tiada zon pendakian pada laluan hari ini.

Peringkat ketiga dari Kuala Kangsar ke Kulim sejauh 141.5km esok, mempunyai tiga zon pecutan di Lenggong, Selama dan Serdang, selain dua zon pendakian di Bukit Sumpitan dan Bukit Ijok.- BERNAMA

Tags: Adiq Husainie
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd