• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adik Beradik Ditahan AADK Kerana Positif Dadah

oleh Ahmad Albab
26/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Dua orang adik beradik ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kerana positif dadah.

Pengarah AADK Perlis, Azizah Ahmad berkata mereka adalah antara enam individu yang ditahan dalam serbuan di beberapa buah kampung di sini mulai 8 malam tadi hingga 6 pagi ini.

“Adik beradik itu yang positif Methamphetamine ditahan di rumah mereka di Kampung Syed Omar bersama seorang lelaki yang juga merupakan penduduk kampung.

“Ibu muda itu berusia 27 tahun mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun manakala adiknya berusia 24 tahun mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh tahun, dua anak lelaki berusia tiga tahun serta bayi berusia tiga bulan,” katanya.

Beliau berkata wanita berusia 27 tahun itu mula mengambil dadah sejak tiga tahun lalu bersama suaminya, namun semasa serbuan dijalankan suaminya tiada di rumah.

Adiknya pula baru bercerai seminggu lalu dan mula terlibat dengan dadah akibat tekanan perasaan dan keinginan untuk mencuba apabila melihat kakak, abang ipar dan rakan-rakan mereka mengambil bahan terlarang itu di rumah yang dijadikan port menghisap serta menjual dadah, kata Azizah.

Beliau berkata AADK terpaksa membawa bayi yang berusia tiga bulan itu bersama ibunya ke pejabat AADK kerana masih menyusu, manakala anak-anak yang lain berada di bawah jagaan bekas suami wanita itu.

Menurut beliau, kesemua mereka direman selama seminggu bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: AADKPenagih Dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jumlah Penagih Dadah Di Kuala Lumpur Berkurang Hampir 14 Peratus

Jumlah Penagih Dadah Di Kuala Lumpur Berkurang Hampir 14 Peratus

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,800 individu dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah di sekitar ibu negara bagi tempoh tiga bulan pertama tahun...

Warga Emas Disyaki Tembak Penagih Dadah Cuba Curi Kelapa Sawit Ditahan

Warga Emas Disyaki Tembak Penagih Dadah Cuba Curi Kelapa Sawit Ditahan

06/10/2024
0

Selama : Warga emas ditahan polis bagi membantu siasatan selepas dipercayai melepaskan tembakan ke atas seorang penagih dadah yang mencuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd