• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Bagi Gambar Lucah, Ada ‘Offer’ Nak Jadi Bini

oleh
10/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMANG tidak dinafikan memang wujud segelintir wanita yang tertarik dengan lelaki yang sudah berkahwin sebagai pasangan hidup.

Sehinggakan ada yang tidak kisah untuk berkongsi kasih, asalkan hati sudah suka. Trend kehidupan begini lah biasanya menjadi pilihan kebanyakan wanita moden pada hari ini.

Perkara ini lah yang berlaku kepada salah seorang artis kelahiran Singapuru, Hisyam Hamid.

Pelakon ini mengakui walaupun sudah berstatus suami namun masih menerima banyak kiriman mesej daripada peminat yang ingin berkenalan dan ‘offer’ diri untuk menjadi kekasih dan isteri kedua.

Bagaimanapun, sedar akan status dirinya yang sudah berkahwin, dia mengambil langkah untuk tidak mempedulikan semua mesej tersebut dan menganggapnya sebagai gurauan.

“Setiap kali berkongsi gambar bersama isteri dan anak, saya berharap peminat faham. Malangnya, masih ada yang tidak tahu.

“Saya tidak marah dengan tindakan mereka kerana bukan semuanya yang mengikuti perkembangan saya.

“Setiap mesej yang dihantar saya tidak layan dan balas. Saya tidak mahu ia berlanjutan yang akhirnya mengundang masalah lain.

“Kalau ada yang menulis di ruangan komen, saya menganggap ia gurauan,” katanya dipetik Harian Metro.

Dalam pada itu, Hisyam turut akui amat terkejut dengan tindakan di luar batasan sesetengah pihak yang begitu berani mengirimkan gambar lucah kepadanya.

“Saya terkejut dengan keberanian mereka melakukan perkara sedemikian. Kalau setakat mesej, mungkin saya boleh terima, tetapi ini melibatkan gambar tidak senonoh.

“Setiap apa yang saya terima, isteri orang pertama yang tahu. Dia hanya mampu tergelak. Macam yang dikatakan, saya tidak perlu membalasnya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hisyam memberitahu bahawa baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Do[s]a di Jakarta, Indonesia.

Selain Hisyam, drama itu turut menampilkan beberapa barisan pelakon popular lain seperti Datuk M Nasir, Remy Ishak, Ashraf Sinclair, Cecep Aruf Rahman dan Shenty Feliziana.

Do[s]a merupakan sebuah drama arahan pemenang Anugerah Pengarah Terbaik Citra Award, Indonesia, Ifa Isfansyah menggabungkan pelakon 3 negara berbeza iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: hisyam hamidsuami orang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengacara Hanya Permulaan, Hisyam Mahu Fokus Berlakon

20/04/2018
0

MENJADI sebahagian daripada anak seni pasti mendorong golongan itu untuk mencuba cabang baharu bagi menguatkan lagi nama mereka di dalam...

Nana Tak Tolak Jodoh, Tapi Bukan Dengan Suami Orang!

03/04/2018
0

KATA orang, rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Tapi kalau kahwin suami orang, bukan ke menempah maut maksudnya tu? Tak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd