• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

62 Penagih Dadah Ditahan Di 2 Pusat Hiburan

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Tawau menahan 62 individu dipercayai penagih dadah dalam Ops Bersepadu di dua pusat hiburan di Jalan Apas dan Jalan Kuhara di sini tengah malam tadi.

Pegawai AADK Tawau Abdul Ghani Keruput berkata penahanan enam wanita dan 56 lelaki berumur antara 19 dan 45 tahun dalam operasi kira-kira 12.30 tengah malam itu merupakan penahanan terbesar penagih dadah untuk tahun ini di Sabah.

“Mereka ditahan selepas didapati ujian saringan awal air kencing positif dadah dan rata-ratanya positif mengambil dadah jenis syabu, ketamin dan ganja,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Ghani berkata AADK yang mengetuai operasi itu sehingga pukul 3 pagi bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tawau serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia Tawau telah memeriksa 110 individu di dua pusat hiburan berkenaan.

“Kesemua suspek ini dipercayai mengambil dadah semasa berada di dua pusat hiburan terbabit,” katanya dan menambah kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Dalam pada itu, Ketua JIM Tawau Noraini Rasi ketika dihubungi berkata dalam operasi itu, seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) lelaki warga Indonesia turut ditahan di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen diri yang sah.

Menurut Noraini, kerjasama strategik itu merupakan inisiatif menjadikan Tawau sebagai daerah sejahtera termasuk bebas dadah dan PATI sekali gus jenayah lain. – BERNAMA

Tags: AADKPenagih Dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jumlah Penagih Dadah Di Kuala Lumpur Berkurang Hampir 14 Peratus

Jumlah Penagih Dadah Di Kuala Lumpur Berkurang Hampir 14 Peratus

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,800 individu dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah di sekitar ibu negara bagi tempoh tiga bulan pertama tahun...

Warga Emas Disyaki Tembak Penagih Dadah Cuba Curi Kelapa Sawit Ditahan

Warga Emas Disyaki Tembak Penagih Dadah Cuba Curi Kelapa Sawit Ditahan

06/10/2024
0

Selama : Warga emas ditahan polis bagi membantu siasatan selepas dipercayai melepaskan tembakan ke atas seorang penagih dadah yang mencuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd