• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Kedai Musnah Terbakar Di Baling Akan Dibina Semula

oleh AK-47
12/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Enam kedai sederet yang musnah dalam kebakaran pada September lepas di Kampung Bandar, Mukim Siong di sini akan dibina semula di tapak yang sama dalam tempoh 60 hari bermula hari ini.

Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pembiayaan kos keseluruhan sebanyak RM170,000 bagi membina semula premis itu adalah daripada peruntukan khas Pejabat Parlimen Baling.

“Ini adalah inisiatif Pejabat Parlimen Baling dalam membantu mangsa kebakaran membina semula kedai mereka yang musnah teruk dan seterusnya memastikan perniagaan yang terjejas sebelum ini, beroperasi semula,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah untuk pembinaan semula kedai itu hari ini.

Bagaimanapun Abdul Azeez berkata pihaknya menetapkan beberapa syarat yang sudah pun dipersetujui pemilik dan penyewa premis berkenaan bagi mengelak berlakunya konflik antara kedua-dua pihak itu selepas bangunan tersebut siap nanti.

Beliau berkata antara syarat yang dipersetujui adalah pemilik kedai wajib memberi sewa selama 24 bulan kepada penyewa asal dengan harga sewa tidak dinaikkan selain tempoh 24 bulan itu perlu bermula pada hari mereka menerima kunci kedai yang sudah dibina semula nanti.

“Bagaimanapun, sekiranya dalam tempoh 24 bulan pemilik tidak mahu meneruskan sewaan atau penyewa mahu berpindah ke tempat lain, mereka perlu memberi notis pemberitahuan tiga bulan sebelum melakukannya. Selain itu, untuk enam bulan pertama tiada bayaran sewa dikenakan memandangkan pemilik kedai tidak perlu menanggung kos baik pulih kedai mereka,” katanya.

Selain itu, Abdul Azeez berkata beliau juga akan memohon kelulusan khas daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional untuk pinjaman sebanyak RM20,000 kepada setiap mangsa kebakaran itu bagi memulakan semula perniagaan mereka.

Sementara itu, seorang mangsa Mohd Nazri Ismail, 49, berkata dia sangat bersyukur dengan pembinaan semula kedai yang secara tidak langsung mengurangkan bebannya selepas berlaku kebakaran.

“Kami sambut baik pembinaan ini malah bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan. Lebih melegakan, bangunan itu bukan saja siap dibina baharu tetapi lengkap dengan sistem pendawaian elektrik dan saliran air,” katanya. – BERNAMA

Tags: Terbakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hutan Paya Gelam, Pagoh Seluas 54 Hektar Pula Terbakar

Hutan Paya Gelam, Pagoh Seluas 54 Hektar Pula Terbakar

08/02/2026
0

MUAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) mengesan satu lagi kebakaran semalam membabitkan kawasan hutan Paya Gelam, Mukim Jorak, Pagoh seluas...

12 Pekerja Melecur, Dandang Kilang Meletup

12 Pekerja Melecur, Dandang Kilang Meletup

26/07/2025
0

Bintulu: Seramai 12 pekerja cedera dengan kesan melecur pada badan dan tangan masing-masing akibat disambar api ketika berusaha memadam kebakaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd