• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5,000 Banjiri Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Perak

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Kira-kira 5,000 orang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama membanjiri sambutan Rumah Terbuka Deepavali peringkat negeri Perak di sini, hari ini.

Majlis yang diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim itu diadakan di Dewan Sanmarka Orang India, Hutan Melintang.

Ketibaan baginda berdua kira-kira pukul 10 pagi disambut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta isteri Datin Seri Saripah Zulkifli.

Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Pada majlis berkenan Sultan Perak berkenan memukul Gendang Nadaswaram sebagai simbolik perasmian majlis sambutan.

Pelbagai juadah tradisional masyarakat India seperti idli, tose serta capati dihidangkan kepada para pengunjung yang mula membanjiri dewan itu seawal pukul 8 pagi dan beratur panjang untuk bersalaman semasa ketibaan Sultan Perak.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat India.

Terdahulu, Pengerusi MIC Perak Datuk V. Elango dalam ucapannya berkata pelbagai bantuan dan kemudahan telah diberikan kerajaan negeri bagi membantu masyarakat India di negeri ini.

Beliau turut meminta masyarakat setempat terutama golongan belia supaya sentiasa bekerjasama tanpa mengira kaum bagi memelihara keharmonian yang wujud sejak dahulu lagi. – BERNAMA

Tags: DeepavaliSultan Perak Sultan Nazrin Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Nampak Sendiri Orang Hilang 5 Jari’

‘Saya Nampak Sendiri Orang Hilang 5 Jari’

20/10/2025
0

KULIM: "Deepavali kali ini sepatutnya menjadi pesta cahaya, tapi bertukar jadi tragedi kerana bunga api," kata R Pasupathi, 74. Mangsa...

Hadiah Deepavali Buat Pekebun Bebas Tuduhan Bunuh Ibu Saudara

Hadiah Deepavali Buat Pekebun Bebas Tuduhan Bunuh Ibu Saudara

05/11/2024
0

SEREMBAN - Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd