• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Maut Nahas Helikopter Tentera Di India

oleh AK-47
07/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Lima orang terbunuh dalam nahas membabitkan helikopter tentera udara India berhampiran sempadan negara itu dengan China pada Jumaat pagi.

Helikopter Tentera Udara Mi-17 V5 terhempas berhampiran kawasan Tawang di Arunachal Pradesh, mengorbankan lima penumpang manakala seorang cedera, lapor media tempatan.

Dilaporkan helikopter buatan Rusia berkenaan sedang melalui proses penyelenggaraan, susulan itu arahan untuk menyiasat punca nahas dikeluarkan.

Sementara itu, Ketua Angkatan Tentera Udara India, Birender Singh Dhanoa menyatakan kebimbangannya kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini banyak nahas pesawat berlaku.

“Kami sedang membuat langkah bersepadu untuk meminimumkan kemalangan dan mengekalkan aset,” kata Dhanoa kepada pemberita.

Menurut data rasmi dalam lima tahun kewangan, 2012-2013 hingga 2016-2017, sebanyak 29 pesawat tempur termasuk lima Sukhoi-30, terhempas akibat masalah teknikal dan kecuaian manusia. – BERNAMA

Tags: helikopter Mi-17 V5
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd