• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Pelajar Sesat Di Gunung Soga Ditemui Selamat

oleh AK-47
17/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Empat remaja lelaki berumur 14 tahun yang dipercayai sesat ketika melakukan aktiviti mendaki di Hutan Lipur Gunung Soga, dekat sini, akhirnya ditemui selamat.

Keempat-empat pelajar tingkatan dua itu Mohd Amir Haziq Iqramudin, Mohd Azrul Azizi Mohd Zaidi, Mohd Khairul Muttaqim Mohd dan Muhamad Afif Samsudin ditemui hari ini dalam keadaan letih selepas sesat hampir 15 jam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Fauzi Mohd Nor berkata, mereka ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira satu kilometer dari lokasi mereka masuk ke hutan itu, pada jam 10 pagi, yang mana kesemua dilihat dalam keadaan tidak bermaya.

Katanya, mereka dipercayai berusaha untuk mencari jalan keluar berdasarkan laluan mula-mula masuk, namun ekoran faktor cuaca yang sudah gelap, menyukarkan untuk mereka berbuat demikian.

Sementara itu, salah seorang daripada remaja itu mengalami  asma berikutan cuaca hujan pagi tadi dan kesemuanya dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk pemeriksaan kesihatan.

Operasi SAR itu membabitkan 44 anggota iaitu 16 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, 15 anggota polis dan 13 Angkatan Pertahanan Awam (APM), selain dibantu tiga orang awam sebagai jurupandu.

Fauzi berkata, pasukan dibahagikan kepada tiga kumpulan dan memasuki melalui arah berlainan iaitu Kampung Istana, Bukit Perdanai dan estet Sri Gading, dekat sini.

Terdahulu, kehilangan empat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bentara Luar Batu Pahat itu disedari pada jam 7.15 malam tadi selepas seorang mangsa menghubungi rakannya memaklumkan mereka sesat dan tidak menemui jalan keluar dari hutan berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: gunung Sogahutan lipurpelajarSesat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd