• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Maut, 6 Cedera Nahas Di Lebuhraya KL-Seremban

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat maut manakala enam lagi cedera dalam dua kemalangan yang berlaku selang sembilan minit di Lebuhraya Kuala Lumpur- Seremban, dekat sini awal pagi tadi, dipercayai akibat merempit.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata dalam nahas pertama kira-kira 2.20 pagi di Km 302 ke arah ibu negara, dua penunggang motosikal berlanggar sesama sendiri sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan, menyebabkan mereka maut di tempat kejadian.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila seorang penunggang motosikal itu menghimpit sebuah lagi motosikal dari arah kiri, katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mayat mangsa yang kedua-duanya lelaki berusia 16 dan 26 tahun itu dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Ahmad Dzaffir berkata nahas kedua berlaku pada 2.29 pagi di Km 301.5 menghala ibu negara, melibatkan tujuh motosikal dan sebuah kereta yang meragut dua nyawa penunggang dan mencederakan enam lagi.

Katanya kejadian berlaku apabila sebuah motosikal jenis Yahama 135LC merempuh bahagian belakang sisi kanan kereta Perodua Axia dan mengakibatkan pemandunya hilang kawalan.

“Akibat rempuhan itu kereta berkenaan berpusing dan dirempuh oleh enam lagi penunggang motosikal yang tidak sempat mengelak,” katanya.

Penunggang motosikal yang merempuh kereta berkenaan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah, Hospital Serdang, di sini.

Lima penunggang lain mengalami cedera parah manakala pemandu kereta itu pula cedera di bahagian leher dan kesemua mereka menerima rawatan lanjut di Hospital Serdang, katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautMat Rempit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ramai Belum Daftar: Kenapa Anak Muda Pasif Politik?

Next Post

62 Penagih Dadah Ditahan Di 2 Pusat Hiburan

Related Posts

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

05/07/2025
0

TANGKAK – Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda dan motosikal di Kilometer 2.5, Jalan Sialang pada...

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

26/06/2025
0

IPOH - Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam nahas dengan sebuah lori...

Next Post

62 Penagih Dadah Ditahan Di 2 Pusat Hiburan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd