• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

32 Laluan Baharu MyBas Hujung Tahun Ini

oleh AK-47
22/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sebanyak 32 laluan baharu perkhidmatan bas henti-henti MyBas akan dilaksanakan di sekitar bandar raya Ipoh selewat-lewatnya penghujung tahun ini bagi kemudahan orang ramai.

Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata antara laluan baharu itu adalah Manjoi, Tanjung Rambutan, Medan Gopeng, Bercham dan Tambun.

Katanya semua laluan berkenaan membabitkan taman perumahan, kawasan perniagaan dan komersial selain kawasan berpendudukan tinggi yang merupakan keperluan utama penduduk bandar raya ini.

“Laluan baharu itu membabitkan empat buah bas yang akan beroperasi bermula pukul 6.30 pagi hingga 8.30 malam setiap hari dengan kekerapan sehingga 20 minit bagi setiap bas,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Pengangkutan Awam Negeri Perak di sini hari ini.

Menurut Dr Mah, laluan membabitkan sejauh 13 kilometer itu akan menghubungkan terminal utama iaitu di Medan Kidd serta menggabungkan laluan kurang penumpang dengan laluan utama.

“Selain itu ia juga akan menyediakan perkhidmatan bas untuk mengambil penumpang di kawasan Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini,” katanya. – BERNAMA

Tags: MyBas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MyBas JB Pelengkap Perkhidmatan Bas Sedia Ada

11/04/2018
0

ISKANDAR PUTERI - Perkhidmatan MyBas Johor Bahru yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat dilihat akan menjadi pelengkap kepada operasi pengangkutan bas...

Operasi myBAS Kuala Terengganu Bermula Awal

11/03/2018
0

KUALA TERENGGANU – Pelaksanaan Fasa 1 myBAS Kuala Terengganu di bawah program Transformasi Bas Henti-Henti (SBST) akan mula beroperasi Ahad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd