• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,814 Unit HR-V Honda Malaysia Dipanggil Balik

oleh Ahmad Albab
24/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia Sdn Bhd sedang memanggil balik 2,814 unit model HR-V keluaran tahun 2016 berikutan bar penstabil hadapan kenderaan tersebut berpotensi untuk rosak jika menerima tekanan tinggi.

Honda Malaysia dalam satu kenyataan hari ini, berkata semua pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan melalui surat, yang akan mengandungi butir-butir penarikan balik.

Katanya, kawalan suhu yang tidak sesuai semasa proses pembuatan mungkin menjadi punca yang menyebabkan kekuatan bar penstabil itu terjejas.

Kerosakan pada bar penstabil akan menyebabkan roda menjadi tidak seimbang, mengakibatkan kereta boleh terbuai ke kiri atau ke kanan semasa dalam pemanduan.

“Sehingga hari ini, belum ada kemalangan atau kecederaan yang berkaitan dengan isu ini dilaporkan di Malaysia.

“Honda Malaysia mengambil langkah awal, bagi memastikan keselamatan pelanggan terjamin dan melahirkan rasa kesal berikutan kesukaran yang bakal dihadapi mereka,” katanya.

Semua bar penstabil hadapan yang terjejas akan diganti dengan alat ganti yang lebih berkualiti. Honda Malaysia akan menanggung kos gantian, tenaga buruh dan caj-caj yang berkaitan dengan program panggil balik.

Pemilik-pemilik kenderaan boleh menyemak status panggilan balik kenderaan mereka melalui www.honda.com.my, atau www.productrecall.honda.com.my, atau menelefon talian tol bebas Honda pada 1-800-88-2020. – BERNAMA

Tags: Honda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Treler Bawa Kereta Honda Baharu Terbakar

Treler Bawa Kereta Honda Baharu Terbakar

06/09/2022
0

REMBAU: Empat buah kenderaan baharu jenis Honda musnah dalam kebakaran sebuah treler yang membawa muatan kenderaan berkenaan di Kilometer 227.2...

Honda City Hatchback Dilancar, Harga Bermula RM75,670

07/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia hari ini melancarkan model City Hatchback ke pasaran Malaysia yang ditawarkan pada harga bermula RM75,670. Model...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd