JAKARTA – Sebuah kilang mercun di Tangerang, sebuah bandar di pinggir ibu kota Indonesia, terbakar pada Khamis menyebabkan 27 pekerja maut manakala 35 lagi cedera, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai kanan bomba di lokasi, Oni Sahroni, kepada stesen televisyen tempatan.
Kebanyakan mayat ditemui di bahagian pengeluaran kilang itu, yang dikendali oleh PT Panca Buana, kata pegawai bomba tersebut.
Menurut Ketua Polis Tangerang Pesuruhjaya Kanan Hari Kurniawan, insiden itu dikatakan berlaku akibat litar pintas.
Semua mangsa yang cedera dikejarkan ke beberapa hospital berhampiran untuk rawatan. – BERNAMA