• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Rakan Maut, 2 Cedera Hilux Rempuh Perhentian Bas

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dua rakan terbunuh apabila kereta jenis Toyota Hilux yang mereka naiki terbabas lalu merempuh tempat menunggu bas dalam kejadian di KM15 Jalan Jemaluang-Mersing, dekat Mersing, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing DSP Cyril Edward Nuing berkata kedua-dua mereka adalah pemandu kereta itu Salma @ Noraini Adam, 37, dan penumpang belakang, Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim, 31.

Tunku Alang Reza yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian dengan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Mersing manakala Salma yang mengalami kecederaan sama meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan di hospital berkenaan.

Beliau berkata dua lagi rakan wanita mangsa yang turut menaiki kenderaan sama, masing-masing berusia 33 dan 44 tahun pula cedera ringan dan masih dirawat di hospital sama.

Kemalangan terbabit berlaku pada 6.05 petang ketika kenderaan itu sedang menghala ke Johor Bahru dari Mersing.

Setibanya di tempat kejadian, kenderaan itu tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke arah bertentangan dan merempuh tempat menunggu bas Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing.

“Waris keluarga telah dimaklumkan mengenai kemalangan dan kes masih disiasat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd