Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Serangan Bom: Kerajaan Turki...

TURKI: Berikutan serangan bom yang berlaku di Ankara pukul 6.40 petang semalam, kerajaan...

Malaysian Tigers Mampu Aksi...

KUALA LUMPUR – Selepas dibelasah 0-7 oleh pasukan di ranking keempat dunia, Belanda...

ATM Tidak Terlibat Dalam...

KUALA LUMPUR - Ops Yaman 2 yang menempatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di...

Sarawak Tutup Pintu Sempadan...

Sarawak menutup pintu masuk sempadan sehingga 3 Disember depan berikutan peningkatan semula kes Covid-19 di negara ini.

2 Pekerja Tapak Pembinaan Rapid Maut Dihempap Kren

JOHOR BAHRU – Dua lelaki dipercayai pekerja di tapak projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang, Kota Tinggi, maut dihempap kren, manakala seorang lagi cedera dalam kejadian di tapak berkenaan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt. Ahsmon Bajah berkata kejadian berlaku pada 3.45 petang, namun punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

“Mangsa yang maut adalah seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun dan berasal dari Selangor serta warga Pakistan berusia 22 tahun.

“Kedua-dua mangsa meninggal dunia, masing-masing di tempat kejadian serta ketika dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Seorang lagi warga Pakistan berusia 24 tahun dilaporkan cedera, namun keadaannya stabil,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor, Ir. Saiful Azhar Mohd Said ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun pihaknya masih menunggu maklumat lengkap hasil siasatan jabatan itu berhubung insiden berkenaan.

Terdahulu, kejadian berkenaan menjadi tular di laman sosial Facebook selepas video mengenai insiden tersebut dimuat naik dalam akaun FB Suara Anak Pengerang, sebelum turut dikongsi sebuah lagi akaun FB Orang Kota Tinggi. – BERNAMA

Kategori