• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Maut, 5 Selamat Ketika Mencari Kerang

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUNAK – Dua orang termasuk seorang wanita warga asing maut akibat lemas semasa mencari kerang bersama lima lagi rakan mereka di kawasan bakau berdekatan Borneo Resort Farm dekat sini, petang semalam.

Mereka dikenali sebagai Haslinda Abidin dan Rolly Enning. Kedua-duanya berumur 25 tahun.

Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Mohd Nasaruddin M Nasir berkata semasa kejadian kedua-dua mangsa bersama lima pekerja kilang sawit warga asing berumur antara 22 sehingga 37 tahun itu pergi ke kawasan bakau pada kira-kira 5.30 petang untuk mencari kerang apabila air laut tiba-tiba pasang.

“Kesemua mereka tidak sedar air pasang dengan cepat sehingga ke paras pinggang dan ketika mereka cuba menyelamatkan diri, arus air semakin kuat dan menghanyutkan dua daripada mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Nasaruddin berkata Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang ketika itu membuat kawalan keselamatan mendengar jeritan mangsa meminta tolong sebelum bergegas menyelamatkan mangsa.

“Ketika itu, lima mangsa lelaki diselamatkan, seorang wanita 25 tahun meninggal dunia akibat lemas manakala seorang lelaki hilang,” katanya.

Mereka yang terselamat dikenali sebagai Asdar Dahari, 22; Amran Haddise, 37; Rudy Hartono Bade, 25; Haryadi Amir,36; serta Frende Martin, 27.

Menurut Nasaruddin mangsa yang hilang ditemui mati lemas kira-kira 10.20 malam tadi oleh pasukan mencari dalam kalangan keluarganya sebelum dibawa ke hospital,” katanya. – BERNAMA

Tags: keranglemas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kesan Kempen Duterte Memerangi Dadah

Next Post

iPhone 8 Plus Didakwa ‘Membelon’ Ketika Dicas

Related Posts

Warga Emas Ditemukan Lemas, Remaja Masih Hilang

Warga Emas Ditemukan Lemas, Remaja Masih Hilang

16/02/2025
0

KUCHING: Lelaki warga emas yang hilang ketika memukat ikan di sungai berdekatan Kampung Pulau Brunei di Limbang semalam, ditemukan lemas...

Mayat 2 Beradik Lemas Di Bachok Ditemui

Mayat 2 Beradik Lemas Di Bachok Ditemui

28/01/2025
0

BACHOK: Mayat kanak-kanak berusia 11 tahun yang juga mangsa lemas membabitkan dua beradik di Sungai Kampung Kubang Telaga, di sini...

Next Post

iPhone 8 Plus Didakwa 'Membelon' Ketika Dicas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd