Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Video: Wanita ‘Seronok’ Gilis...

BEIJING - Video seorang wanita berusia 30-an yang tergamak melanggar kaki seorang kanak-kanak...

Pindaan Akta AKM 1998...

KUALA LUMPUR - Pindaan Rang Undang-Undang Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan...

Kerajaan Perancis Fokus Siapkan...

PETALING JAYA : Kerajaan Perancis menyatakan komitmen untuk meneruskan dan menyiapkan projek kapal...

UMNO Kutuk Peguam Negara...

UMNO kutuk dan gesa sekeras-kerasnya supaya Peguam Negara ambil pertanggungjawaban penuh berhubung kegagalan...

2 Buah Rumah Panjang Hangus Terbakar

MIRI – Seramai 450 penghuni dua buah rumah panjang kayu di Sibuti yang terletak di pinggir Bandaraya Miri hilang tempat tinggal dalam kebakaran 4.15 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Pennyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata rumah panjang itu ialah Rumah Panjang Majang Rangkai yang mempunyai 45 pintu serta 250 penghuni dan Rumah Panjang Jambai Zali yang mempunyai 36 pintu serta 200 penghuni.

“Buat masa ini mangsa-mangsa kebakaran yang tidak mengalami sebarang kecederaan ada yang tinggal di rumah saudara, dewan dan rumah berhampiran yang tidak terbakar,” katanya.

Beliau berkata pihak bomba turut mengalami kesukaran untuk ke lokasi kejadian yang terletak di dalam ladang kelapa sawit memandangkan jalan ke lokasi kejadian adalah sempit serta sukar dilalui kerana turut terdapat kenderaan yang diletak ditepi jalan.

Beliau berkata punca kebakaran masih disiasat. – BERNAMA

Kategori