• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Bekas Juruwang Dipenjara Sehari, Didenda Mencuri

oleh AK-47
25/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Gara-gara mencuri pelbagai barangan pasar raya Aeon Ayer Keroh, dua bekas juruwang dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di Ayer Keroh di sini hari ini.

Majistret Norina Maludin menjatuhkan hukuman itu terhadap Nur Hidayu Supian, 23, dan Noor Amalina Zainuddin, 24, selepas mereka mengaku bersalah melakukan kesalahan berkenaan sebaik kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua sahabat itu menjalani hukaman penjara pada hari ini dan dipenjarakan lagi sebulan jika gagal membayar denda itu. Mereka menjelaskan denda berkenaan.

Kedua-dua tertuduh didakwa dengan niat curang telah mencuri sembilan barangan milik pasar raya itu bernilai RM122.54 ketika bersama-sama berada di kaunter 13 Aeon Jusco Ayer Keroh di sini pada 7.30 malam, 28 Julai lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kekerapan kes kecurian di pasar raya di negeri ini dan sebagai pengajaran kepada kedua-dua tertuduh serta masyarakat.

Namun, Peguam Nik Nurhaizun Che Mat yang mewakili Noor Amalina merayu hukuman anak guamnya diringankan atas alasan tertuduh menanggung ibunya berusia 64 tahun yang merupakan penghidap strok, selain baru bekerja sebagai pembantu taska dengan pendapatan RM800 sebulan.

Sementara itu, Nur Hidayu yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah bahawa telah menyesal dengan tindakannya itu dan perlu menanggung anggota keluarganya. – BERNAMA

Tags: didendadipenjarajuruwang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Showcase Tahunan Medium Pelajar Tonjol Bakat

Next Post

“Impian Jumpa Anak Di London Bakal Tercapai”

Related Posts

Buruh Dipenjara 33 Tahun, 20 Sebatan Kerana Rogol Penjawat Awam

Buruh Dipenjara 33 Tahun, 20 Sebatan Kerana Rogol Penjawat Awam

21/03/2025
0

PUTRAJAYA: Seorang buruh yang mengaku bersalah kerana merogol seorang penjawat awam dua kali dan menceroboh rumah mangsa, dijatuhkan hukuman penjara...

Amang Seksual Fizikal: PU Azman Dipenjara 6 Tahun, Satu Sebatan

Amang Seksual Fizikal: PU Azman Dipenjara 6 Tahun, Satu Sebatan

30/12/2024
0

SHAH ALAM: Bekas pendakwah selebriti, Azman Syah Alias dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan selepas mengaku salah di...

Next Post

"Impian Jumpa Anak Di London Bakal Tercapai"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd