• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Rumah, 10 Kenderaan Musnah Terbakar

oleh Ahmad Albab
20/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Sepuluh buah rumah sederet separuh papan dan 10 kenderaan termasuk dua lori musnah dalam kebakaran di Kampung Teluk di sini, awal hari ini.

Kebakaran jam 3.50 pagi itu turut memusnahkan lima daripada rumah berkenaan yang dijadikan stor namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Antara kereta yang terbabit ialah Toyota Vellfire, Suzuki SJ, Suzuki Swift, Perodua Kancil serta kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Triton.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Abdul Nasir Jalil berkata dua jentera dengan 11 anggota serta 10 pasukan bomba sukarela bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang awam dan berjaya mengawal kebakaran dalam masa 20 minit.

“Tindakan pantas bomba juga berjaya menyelamatkan lapan buah rumah berhampiran daripada musnah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Abdul Nasir berkata punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, seorang mangsa K. Morgan,48, berkata ketika kejadian beliau sedang lena tidur sebelum terjaga akibat mendengar jeritan penduduk.

“Saya mengejutkan anak dan isteri untuk menyelamatkan diri kerana api sedang marak berdekatan rumah sewa kami,” katanya.

Dalam pada itu, Anggota Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat turut melawat tempat kejadian.

Sham berkata pihaknya akan meminta Jawatankuasa Bencana Daerah untuk memberikan bantuan kepada mangsa terbabit. – BERNAMA

Tags: kebakaranKenderaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd