Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Mia Ahmad, Penjaga Gol...

SETELAH sekian lama berteka-teki, pelakon Mia Ahmad mengesahkan sedang menjalin hubungan cinta dengan...

Perak Sasar 150,000 Pelancong...

JAKARTA - Perak menyasarkan kedatangan pelancong Indonesia ke negeri itu mencecah 150,000 orang...

Empat Tangki Gas Dalam...

KUALA TERENGGANU – Seorang mekanik rentung selepas terperangkap di dalam kenderaan pelbagai guna...

Jualan Buah Segar FAMA...

TELUK INTAN - Gerai Buah-buahan Segar bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di...

1 Juta Pengikut, Bujibu Popular Kalah Artis Malaysia!

SIAPA sangka seekor kucing berbaka British Short Hair dan berasal dari Rusia itu, kini sudah mempunyai sebanyak sejuta pengikut menerusi laman Instagram!

Mamalia comel yang bernama Bujibu Chempel sebenarnya merupakan kucing peliharaan pasangan selebriti terkenal Hanis Zalikha dan Hairul Azreen.

Melihatkan keletah Bujibu bersama dengan anak kepada pasangan itu, Yusuf Iskandar jelas terpancar betapa rapatnya kucing bertuah itu dengan keluarga mereka.

Kini, usia Bujibu hampir mencecah tiga tahun dan telah menjadi seumpama ‘abang sulung’ kepada Yusuf sejak tahun 2015 lagi.

Tetapi, tahukah anda dari mana nama Bujibu itu muncul dan apakah nama sebenar kucing kesayangan ramai ini?

“Chempel adalah nama asalnya di Rusia. Tetapi dia tak pernah respon kepada nama itu macam dia sendiri pun tertanya-tanya siapakah pula Chempel tu.

“Jadi saya tambahkan awalannya Bujibu. Ia datang daripada bunyi comel yang menggeramkan (“bujibujibujibu”) dan dari situlah Bujibu Chempel menjadi nama penuhnya,” kata Hanis dipetik Rojak Daily.

Mungkin sesetengah individu hanya melihat Bujibu hanyalah seekor kucing biasa, namun bagi Hanis sendiri, Bujibu malahan sangat istimewa bagi mereka sekeluarga.

Bujibu menjadi penghibur hati Hanis dan Hairul sebelum Yusuf dilahirkan. Bahkan, kucing itu turut menjadi pujaan dan kesayangan rakan-rakan artis dan juga netizen.


“Bujibu memang tak pernah menyusahkan kami dan layak diminati. Bujibu juga salah satu pengerat hubungan saya dan Hairul kerana kami sama-sama suka dan teruja dengan telatah Bujibu.

“Kami juga seronok melihat hasil rakaman dan gambar kami di akaun Instagram Bujibu mendapat sambutan yang baik,” ujarnya.

Jangan tidak tahu, walaupun Bujibu dipelihara Hanis di rumahnya, kucing ini sudahpun mempunyai seekor anak yang dinamakan sebagai Meatball. Kiranya pasangan Hanis dan Hairul sudah menjadi ‘nenek’ dan ‘atuk’lah kan?

Disebabkan populariti luar biasa yang dimiliki oleh Bujibu menerusi Instagram, kucing ini pernah dicalonkan dalam Anugerah Meletop Era 2017 dalam kategori Si Cilik Meletop.

Walaupun tewas di tangan ‘adik’nya Yusuf, Bujibu masih menjadi pilihan tatapan orang ramai!

Rasanya semua keletah Bujibu yang dipertontonkan dalam laman Instagram mereka sekeluarga mampu menceriakan hari-hari setiap orang yang melihatnya.

Jadi kepada anda yang mengalami tekanan atau sedang stres, mungkin boleh jadikan aksi comel kucing ini sebagai terapi! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori