• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zara Zya Kena Label Wanita Jahat, Zarina Sekali Amuk

oleh
05/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“CONFIRM ke awak masuk syurga?” Ini kenyataan panas yang dikeluarkan oleh pelakon, Zarina Zainuddin menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Hamboi marah sungguh kak Zarina kita nampaknya. Kenapa tu? Haaa… siapa yang bakar line ni?

Hmmm… asalnya pelakon yang pernah popular dengan drama Love You Mr. Arrogant menerusi watak Zaraa Amirah, Zara Zya menerima hentaman teruk berikutan imej terbarunya yang dilihat berambut perang.

Ramai netizen mengecam pelakon kecil molek itu dengan beranggapan warna itu tidak sesuai dan lebih cantik jika rambutnya kekal berwarna hitam.

Bukan sahaja dikecam, namun apa yang lagi teruk terdapat juga pihak yang melabel nya sebagai ‘wanita jahat’.

Hamboi hamboi hamboi dah kenapa tu?

Berikutan perkara itu, Zara telah dilihat membalas kutukan itu dengan memuat naik satu posting di akaun Instagram miliknya sebagai ‘pesanan’ ikhlas buat para netizen yang begitu sibuk menjaga tepi kain orang.

Sebab warna rambut, saya di label wanita jahat. Hurmmm kesian pada yg ada masalah fikiran. Saya hanya mampu berhuhuhuhu… bersihkan hati, maafkan manusia lain sebelum tidur. Dan yg penting, awak tiada hak untuk tentukan hidup saya dan hidup manusia lain. Awak tentukan hidup awak sendiri yg belum tentu lurus jalannya. Good night 😘

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on Sep 3, 2017 at 8:09am PDT

“Sebab warna rambut, saya dilabel wanita jahat. Hurm… kesian pada yang ada masalah fikiran. Saya hanya mampu berhuhuhuhu… Bersihkan hati, maafkan manusia lain sebelum tidur.

“Dan yang penting, awak tiada hak untuk menentukan hidup saya dan hidup manusia lain. Awak tentukan hidup awak sendiri yang belum tentu lutus jalannya. Good night,” tulisnya menerusi posting tersebut.

Dalam pada itu, perkara tersebut bukan hanya membuat Zara sahaja terkesan. Malah Zarina dilihat turut berang dengan kutukan yang dilemparkan kepada sahabat baiknya itu.

Dia juga tidak ketinggalan memuat naik satu posting dituju khas buat para pengkritik yang begitu sibuk menjaga hal orang lain.

Menerusi kenyataan posting berkenaan jelas menerangkan secara ringkas, seboleh janganlah begitu sibuk ambil tahu hal orang lain dan lebih elok jika hanya menjaga diri sendiri.

Tambahnya lagi, jangan begitu suka judge orang lain sedangkan diri sendiri belum sempurna. Sebaiknya, betulkan dahulu diri sebelum mahu menegur perbuatan orang lain.

Assalamualaikum Salam subuh.. Mata hijau pakai contact lens Rambut perang bila kita warnakan tapi sekarang dah moden ada pewarna rambut yang organic yang halal.. Yang tak pakai tudung biarlah itu hidup dorang korang ni suka sangat selak kain orang kenapa? Diri sendiri dulu pun tak baik mana sekarang pun dok main facebook main instagram pegi baca al-quran baca dan fahamkan terjemahan nya sekali baru nak tutup sikit orang dah tegur leher nampak lah dada nampaklah family korang semua okay ke dalam setandan pisang bukan semua buahnya elok.. Jaga diri sendiri betulkan solat korang yang konon pakai tudung tapi solat ke laut tu.. Pakai jer tunjuk baik lah dengan masyarakat keluarga sendiri mungkin tak tahu apa yang korang buat tapi Allah nampak hati perut kita.. Nawaitu tu penting bersangka baiklah dia dunia dia kita dunia kita sampai masa nanti dia berubah sendiri Kalau kita dok kata orang esok lusa Allah balikkan pada kita.. Semua ni kerja Allah tak payahlah jadi ustazah sangat kalau korang pun baru jer nak belajar jadi baik Kononnya saya nak ajak awak masuk syurga dengan saya..confirm ke awak masuk syurga? Sebab ustaz kata macam tu Ustaz ustazah sekarang pun makan gaji bayar sekian bayaran dia pegi lah buat ceramah kalau free free kat kampung ada ler.. Imam masjid pun ada elaun Kita semua tak lepas dari dosa selagi kita bernama manusia belajar bersihkan hati dulu.. Setiap orang diberi dugaan yang berbeza.. Sakit pulak hati akak bila @zarazya kena kutuk sebab rambut dia perang cea bukak tudung korang tu entah entah warna hijau pun ada cea cek leher dada anak dara tu entsh entah love bite pun penuh.. Pegilaaa.. Dosa kita kita sendiri tanggung bila ada suami suami tanggung dosa suami pulak sapa nak tanggung sendiri mau ingat.. Buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali.. Lu jangan banyak sembang haaa nanti ku lempang hapah tak dapat.. Menyibukkkk jer hidup aku pun penuh ujian Aku terimalah mungkin ini ujian Allah untuk dekatkan aku padaNya.. Redha Takde sapa yang sempurna dimuka bumi ini.. Kita adalah insan menumpang atas dunia aku dengan caraku yang sederhana.. Be yourself #jagahalsendiri Last sekali maafkan saya bicara agak kasar Penatlahh..

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on Sep 3, 2017 at 3:44pm PDT

Fuhhh…panjang lebar ha kak Zarina kita ‘basuh’ dorang. Mungkin Zarina lebih kenal akan diri rakan baiknya itu. Tak semua yang tidak bertudung itu jahat dan juga sebaliknya yaaa…

Yang korang ni pun, agak-agak lah kalau nak label orang pun. Tak pasal dah ‘berangin’ akak kita ni. Menegur tu boleh tapi biar kena dengan cara. Okay? – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: artis malaysiaZara ZyaZarina Zainuddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Laudya Adakan Majlis Khatam Quran Sebelum Kahwin?

Next Post

Guru Wajib Pupuk Perpaduan Pelajar Pelbagai Kaum

Related Posts

Hubungan Hafreez Adam, Zara Zya Dilanda Dugaan

10/12/2019
0

“SAYA akui hubungan kami sedang dilanda dugaan, namun saya yakin sudah cukup matang untuk mengawal situasi ini. Saya sedang berusaha...

Zarina Zainuddin Cari Rezeki Halal Demi Anak

03/10/2019
0

KUALA LUMPUR - “Saya rasa dianiaya. Apapun, saya tak nak komen lanjut kerana sudahpun buat pembayaran seperti yang diperintahkan mahkamah....

Next Post

Guru Wajib Pupuk Perpaduan Pelajar Pelbagai Kaum

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd